Monday, November 29, 2010

Petua Memancing Hati Pasangan

Kepada yang sedang mencari cinta, saya membayangkan bahawa anda sekarang telah pun mempunyai seseorang yang ingin anda jadikan pasangan hidup anda.
 
Anda sudah pun memulakan langkah dan telah pun cuba mendekati bakal pasangan anda, sekarang kita akan membincangkan mengenai cara untuk memancing hati bakal pasangan anda.

Cara ini sebenarnya juga boleh digunakan oleh pasangan yang sedang bercinta ataupun pasangan yang sudah berkahwin. Yang penting di sini ialah bagaimana juga untuk memancing hati pasangan anda agar cinta anda akan berkekalan sampai bila bila.

Namun begitu, ingatlah bahawa cara yang salah akan menghancurkan impian cinta anda.

1) Sentiasa Hiburkan Hati Pasangan.
Sentiasa membuat lawak yang berkesan agar bila anda tiada di sisi mereka pun mereka masih lagi mengingatinya malah adakalanya mungkin tergelak sendirian. Ini juga dapat mengurangkan kesedihan mereka.

2) Sentiasa Mengambil Berat Tentang Pasangan.
Sentiasalah mengambil tahu apa-apa perkara pun yang berlaku pada pasangan anda kerana ia menunjukkan bahawa anda sangat komited terhadap hubungan cinta dengan mereka. Ia juga bakal menjadikan diri anda lebih disayangi pasangan.

3) Tunjukkan Keikhlasan Anda Terhadap Pasangan.
Sentiasalah jujur dalam melakukan apa-apa sahaja dalam cinta kerana jika kita ikhlas dan jujur dalam cinta, kita akan lebih dihormati malah akan dipandang tinggi oleh pasangan kita. Ini menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mengejar cinta mereka.
 

4) Sentiasa Luangkan Masa Untuk Bersama Pasangan.

Sentiasalah mempunyai masa untuk berjumpa atau keluar bersama agar mereka tidak mudah mengatakan anda tidak mementingkan mereka. Kesibukan dengan kerja bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berjumpa dengan pasangan mereka kerana dalam sehari ada 24 jam semuanya.

5) Sentiasa Buatkan Pasangan Selesa Dengan Anda.

Anda perlulah senantiasa memberikan sokongan terhadap pasangan anda jika mereka berada di dalam kesedihan. Ini akan membuatkan pasangan anda merasakan dirinya difahami malah disayangi sepenuh hati oleh anda.

6) Sentiasa Berikan Bantuan Kepada Pasangan Walau Tidak Disuruh.

Anda perlulah peka terhadap masalah yang pasangan anda alami malah anda juga perlulah menjadi orang yang pertama untuk menyelesaikan masalah tersebut walau tidak disuruh oleh pasangan anda. Ini akan membuatkan mereka rasa bahawa mereka penting di dalam hati anda.


7) Sentiasa Rapat Dengan Ahli Keluarga Pasangan atau Ibu Bapa Mertua.

Anda perlulah sentiasa menziarahi keluarga pasangan anda agar mereka dapat melihat bahawa anda amat jujur untuk bercinta dengan pasangan anda. Anda juga bakal menjadi orang yang terpenting dalam keluarga mereka sekiranya anda rapat dan dikenali mereka.
 
8) Sentiasa Ambil Tahu Mengenai Kegiatan Pasangan Anda.

Anda perlu tahu segalanya mengenai kegiatan yang sedang dilakukan oleh pasangan anda agar mereka rasa diri mereka sentiasa diambil berat oleh anda. Malahan tidak mustahil mereka dapat mengawal diri mereka daripada melakukan sesuatu yang menyakitkan hati anda.
 
9) Sentiasa Berbincang Untuk Menyelesaikan Apa Jua Masalah Sekalipun.

Anda hendaklah sentiasa tenang malah tidak mudah melenting jika anda dan pasangan anda mengalami masalah. Jalan terbaik bagi menghadapi segala masalah tersebut adalah dengan berbincang kerana dengan berbincang kita akan dapat tahu apa yang perlu kita lakukan tanpa pertengkaran.

10) Sentiasa Berhubung Dan Berkomunikasi Dengan Pasangan.

Sentiasalah berhubung dan bercakap dengan pasangan anda setiap waktu agar pasangan anda fikir bahawa setiap saat yang dilaluinya sentiasa bersama anda. Ini dapat mengukuhkan ikatan cinta agar lebih kuat kerana selalu berhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Sekali pandang memang amat senang dan praktikal tetapi percayalah bahawa ia amatlah mendatangkan kesan yang amat mendalam dalam diri setiap pasangan kita. Ia juga bakal membuatkan pasangan anda tertawan kepada anda dan anda akan lebih dihargai malah dihormati oleh pasangan.
Kesimpulannya ialah kita perlulah menarik hati pasangan kita dengan menunjukkan kesungguhan kita dalam mengejar cinta. Ini akan membuatkan mereka percaya dan yakin terhadap cinta anda.

kenali ciri-ciri lelaki pendera

Tentu anda pernah menonton movie Sleeping with the Enemy lakonan Julia Roberts atau Enough yang dilakonkan oleh si cantik manis Jennifer Lopez. Kedua-dua movie ini mengisahkan suami pendera yang bersikap kejam terhadap isteri sendiri.

Punya suami yang kasar dari segi pertuturan dan tingkah laku, kaki dera mahupun panas baran yang ringan sangat melayangkan kaki dan tangan, pasti mahu dielak oleh semua wanita.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh duduk di bawah satu bumbung dan tidur pula sekatil dengan suami si kaki tempeleng, gemar caci maki, sepak terajang dan pukulan yang menjadi santapan harian isteri malang.

Tidak kurang juga begitu banyak kes isteri yang dizalimi suami disiarkan di dada akhbar. Lebih menyedihkan, terdapat juga tragedi hitam di mana ada suami yang hilang pertimbangan sanggup memukul isteri dengan kejam sehingga menemui ajal.

Senario sebegini ternyata begitu membimbangkan golongan wanita kerana suami yang diharapkan menjadi pelindung, kini tidak teragak-agak meragut nyawa isteri sendiri. Suami menzalimi isteri, mengapa lelaki hilang pertimbangan? Apakah punca ia berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Sebenarnya, ramai wanita yang sudah dapat membaca ciri lelaki sebegini ada pada pasangan mereka sejak sebelum berkahwin lagi. Akan tetapi, lantaran rasa cinta buta yang mendalam, mereka sering menutup mata dan memekakkan telinga akan kelemahan ini dan akhirnya tindakan poyo ini memakan diri sendiri apabila melangkah ke alam perkahwinan.

Choopp! Nanti dulu! Sebelum anda terjebak dengan suami zalim begini, adalah lebih wajar jika anda kenali ciri-ciri lelaki pendera sebelum anda mendirikan rumahtangga. Apakah ciri-ciri lelaki yang suka mengasari wanita? Bagi wanita yang belum berkahwin, perhatikan 16 sikap yang akan disenaraikan dalam thread ini. Jika sikap sebegini ada pada teman lelaki atau pasangan anda, maka belum terlambat untuk anda mengundur diri.

1 – Extra romantis

Jangan cair bila pasangan terlalu kerap melontarkan kata-kata romantis seperti ‘abang tak boleh hidup tanpamu’ atau ‘abang akan tetap setia selamanya’ ataupun ‘cinta abang sentiasa mekar untukmu’...

Sebaliknya, cuba berhati-hati dan berfikir dengan waras. Jangan termakan dengan ayat power ‘tangkap leleh’ atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.

2 – Terburu-buru dalam hubungan

Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini suka terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan dengan lebih serius.

Dia selalu kelihatan bersemangat untuk melangkah ke tahap yang selanjutnya lebih ‘advance’ seperti bertunang dan segera menikah, walaupun sebenarnya anda baru saja mengenalinya.

Lelaki pendera akan cuba mendesak kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan perilaku yang baik dan konsisten untuk jangkamasa yang lama.


Jika lelaki ini yang anda temui, tidak salah jika anda berwaspada. Jangan turut bersikap terburu-buru dengan mengiyakan apa saja ajakannya.

Fikir dahulu dan ambil lebih masa untuk mengenalinya. Di samping itu, cuba jadi
‘Inspector Gadjet’ untuk mengetahui latar belakang dirinya sebanyak mungkin agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

3 – Asyik berbicara tentang diri sendiri

Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi ‘judgement’ anda dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.

4 – Ambil berat yang berlebih-lebihan

Lelaki pendera benar-benar ingin mendengar tentang semua masalah yang anda alami pada peringkat awal perhubungan.

Dia bahkan mungkin mempunyai masalah yang sama dirinya sendiri. Jadi berwaspadalah, dia mungkin melakukan satu dari dua perkara : dia mungkin sedang belajar semua tentang anda dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi ‘push button’ atau senjata yang terbaik untuk memalukan anda di masa akan datang, atau dia mungkin mendorong anda untuk merasakan bahawa sekurang-kurangnya dia memahami apa yang sedang anda alami.

5 – Cemburu buta

Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Kenyataan ini memang ada betulnya, tetapi jika cemburunya tidak keterlaluan.

Jika sikapnya melampaui batas, terlalu mengawal, mengawasi, mengongkong anda dan bersikap cemburu buta yang tidak munasabah, maka anda sememangnya layak untuk berwaspada.

Hati-hati apabila pasangan anda asyik cemburu walaupun dengan teman sekerja, teman paling rapat mahupun cemburu dengan keluarga dan saudara-mara anda sendiri.

Selain itu, si dia juga selalu meminta anda meluangkan masa bersama dengannya dan tidak segan silu menagih perhatian anda hanya untuk dirinya sahaja.

Dia juga mahu anda report memberikan laporan, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar, sampai jam berapa dan pendek kata, apa saja yang anda lakukan. Perlu diingatkan, sikap cemburu sebegini boleh menjadikan manusia hilang pertimbangan dan tidak mustahil dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda sendiri.

6 – Mengawal atau mengongkong

Lelaki pendera lazimnya sangat suka mengawal atau menongkong pergerakan pasangan kerana dia sentiasa memerlukan masa dan perhatian pasangan.

Lelaki pendera juga tidak mustahil akan mengawal kewangan kerana dia tidak suka jika pasangannya menunjukkan kemampuan mandiri atau berdikari.

7 – Terlalu emosi

Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda.

Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas. Kebiasaannya anda akan berhati-hati dalam berkata-kata kerana takut tersalah cakap yang akan mengundang amarah besar dirinya.

Anda juga rasa keliru dengan sikapnya yang langsung tidak konsisten. Berhati-hatilah dengan lelaki yang bersikap begini kerana tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi mangsa amarahnya.

Perhatikan bagaimana dia berbicara dengan orang tua anda atau rakan anda. Apakah dia berkasar atau bersikap tidak baik? Lihat juga pola tingkah lakunya.

Lelaki yang kasar dalam hubungan sering kejam dalam situasi lain juga seperti melecehkan ahli keluarga yang lain, menyakiti haiwan kesayangan dan seorang ‘road bully’.

Atau dia orang yang sama sekali berbeza ketika bersama orang lain di sekeliling anda sehingga dia dilihat seolah-olah mempunyai dua identiti yang berbeza.

8 – Sering merendah-rendahkan

Seharusnya sebagai pasangan, seorang lelaki akan bangga atau memberi sokongan ketika anda menceritakan kejayaan yang anda perolehi. Akan tetapi, berlainan pula dengan lelaki si kaki pendera ini. Dia akan memperlecehkan atau merendah-rendahkan keupayaan anda.

Sebagai contoh, hanya kerana pakaian yang anda pakai tidak kena dengan seleranya, dia mengutuk anda tanpa mengambil kira hati anda, sama ada anda sebagai teman wanita atau isteri.

Segala kehendaknya juga harus dituruti tanpa kompromi kerana jika tidak, dia akan mengugut dan mengancam. Sikap sebagini sebenarnya memberi kesan kepada pasangan kerana lambat laun, pasangan akan berasa tidak yakin pada diri sendiri.

Sekiranya anda tidak mampu bertahan, maka kuatkan semangat, cekalkan hati dan yakinkan diri anda untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan lelaki sebegini.

9 – Tidak boleh dibantah atau dibangkang

Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan.

Jika dibangkang, tidak mustahil anda menjadi mangsanya. Barang rumah dipecahkan, malah dinding dan meja atau kepala anda juga dihentaknya.

Ketika ini pasangan akan takut tapi sebaiknya si lelaki pendera akan cepat-cepat meminta maaf dan berjanji tidak mengulanginya. Biasanya dengan pujukannya yang mendayu-dayu, hati pasangan akan cair. Inilah kebiasaan yang berlaku.

10 – Tidak sukar memohon maaf

Lelaki pendera ini memang pandai merayu dan memohon maaf setiap kali membuat kesalahan. Tetapi cara dia memohon maaf atau memberi penjelasan atas sikap salahnya seolah-olah ingin mengatakan bahawa anda turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi.

Jadi, mahu tidak mahu, anda akan turut merasa bersalah akibat terkeliru dengan penjelasannya.

11 – Sentiasa menyalahkan

Walaupun dirinya yang melakukan kekerasan atau keganasan, namun lelaki ini cuba meyakinkan dengan meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain.

Lebih dahsyat lagi jika dia meletakkan kesilapan itu pada diri anda sendiri iaitu yang menjadi mangsanya. Dia tidak segan silu memberikan apa saja alasan bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu tanpa didorong atau dipengaruhi oleh orang lain ataupun anda sendiri.

12 – Suka memberi hadiah

Semalam dia memarahi anda dengan seteruk-teruknya tetapi hari ini dia meminta maaf dan menghadiahkan anda dengan barang-barang yang anda sukai.

Dia mengandaikan yang dia boleh membeli jiwa hati anda dengan barang-barang hingga anda berasa serba salah dan tidak mahu memarahinya lagi atau terus saja memaafkannya.

Lelaki pendera biasanya akan cuba menutup kesilapan mereka dengan mengaburi mata pasangan dengan cara begini.

13 – Hubungan kekeluargaan tidak rapat

Hubungannya dengan ahli keluarganya yang lain tidak rapat atau kurang mesra. Mereka mungkin telah mengecewakannya juga.

Lelaki pendera akan sentiasa memberi helah atau alasan untuk tidak menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.

Dia mungkin cuba untuk menghalang anda menghabiskan masa dengan mereka juga. Semakin dia boleh mengasingkan anda daripada orang lain, semakin kuat ‘penguasaannya’ terhadap anda.

14 – Mempunyai sejarah yang disembunyikan

Lelaki pendera biasanya enggan berkongsi sejarah perhubungan dengan bekas teman wanitanya.

Dia mungkin mengelak dengan menceritakan yang buruk-buruk tentang mereka. Jika dia tidak segan silu memburuk-burukkan orang lain, bolehkan anda yakin yang anda tidak akan menjadi mangsa selanjutnya?

Dia juga mungkin pernah mengasari seseorang atau pun mendera diri sendiri.

Pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.

Tidak mustahil juga lelaki pendera pernah menghadapi masalah penyalahgunaan dadah atau alkohol.

15 – Seperti ada udang di sebalik mee

Lelaki pendera mempunyai sikap ‘seperti ada udang di sebalik mee’ kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada ‘pelaburan’nya.

Dia mungkin nampak gembira untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda sebagai keutamaannya, tetapi tidak lama kemudiannya dia mulai berkata, “Lihatlah semua yang saya lakukan untuk anda, anda harus melakukan X, Y dan Z untuk saya...”

16 – Memberi peringatan seperti ancaman

Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa ‘kalah’ ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan bahawa pasangan anda mungkin seorang pendera, jangan teragak-agak untuk mengundurkan diri daripadanya secara perlahan-lahan. Dengarlah nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan yang boleh anda percaya.

Jika anda tidak menyukai apa yang mereka katakan tentang dirinya dan anda cuba menidakkan nasihat mereka dengan mengatakan “Tapi kamu tidak mengerti” atau “Kamu tidak memahaminya” atau “Dia tidak seperti itu ...”, besar kemungkinan anda tersasar dan mereka benar.

Berwaspadalah dengan kekerasan dan ancaman yang dilakukan oleh lelaki pendera. Perilaku sebegini tidak boleh diterima sama sekali. Adakah dia pernah terdorong untuk memukul atau mengasari anda atau orang lain secara terang-terangan?

Apakah dia pernah melemparkan sesuatu pada anda ketika dia marah? Adakah dia pernah mengancam (acan-acan) untuk melakukannya? Apakah dia secara fizikal mengancam dengan orang lain? Apakah dia menumbuk dinding, pintu atau objek lain?

Cubalah selidik sejarah tingkah lakunya. Jika dia pernah terlibat dalam banyak perkelahian dengan orang lain, anda akan mengetahui bahawa dia seorang yang keras dan tidak mustahil seorang pendera. Ini adalah tanda-tanda yang paling jelas bagi seorang pendera.




Demikian ciri-ciri lelaki pendera yang sempat dikongsikan. Jika anda belum berkahwin dan masih dalam peringkat mengenali pasangan dan si dia mempunyai ciri-ciri yang tersenarai seperti di atas, maka masih belum terlambat untuk anda mengundurkan diri.

Akan tetapi, jika sudah terlanjur mengahwini lelaki sebegini, maka berhati-hatilah. Jika diri anda dianiaya, jangan biarkan perkara buruk berlarutan. Kuatkan semangat dan buatlah laporan polis atau dapatkan bantuan daripada kaum keluarga.


Semoga bermanfaat!

-ehoza

Read more: http://www.oldtraffords.com/2010/11/kenali-ciri-ciri-lelaki-pendera.html#ixzz16lUIrHfR

Hal Yang Membuat Lelaki Jatuh Cinta

Pada dasarnya kaum lelaki juga sama dengan kaum perempuan dalam memilih pasangannya. Mereka bukan hanya melihat penampilannya saja yang cantik,seksi tetapi juga kepribadian dan mungkin juga dari segi intelektualnya.

Perempuan yang hanya cantik hanya indah dipandang tapi sesudah diajak bicara beberapa menit lalu akan terasa membosankan. Tetapi sebaliknya ada juga perempuan yang memilki paras biasa saja tetapi mampu membuat semua lelaki yang pernah bicara dengannya dan selalu ingin dekat. Beberapa hal yang diinginkan kaum lelaki dari perempuan diantaranya, tantangan.

Keindahan fisik memang fantasi utama bagi lelaki tapi jauh dilubuk hatinya, mereka berusaha berpikir dengan kepala yang mengandung otak tahu bahwa untuk tertarik dalam arti yang sebenarnya. Yaitu dijadikan istri dan bukan hanya sekedar dijadikan pacar saja.Yang diperlukan bukan hanya sekedar tulang pipi yang bagus dan seperangkat standar yang tinggi. Sebagian besar lelaki menganggap bahwa perempuan yang tidak bisa memberikan tantangan yang menguras otak maka akan mudah dilupakan lelaki. Jika anda merasa masih kurang dalam sisi yang satu ini maka anda bisa mulai dengan membaca atau menonton berita yang terjadi saat ini.Wawasan luas.

Lelaki mengagumi perempuan yang cerdas dan berbicara secara jelas, tidak berbelit – belit serta punya pendapat tentang segala sesuatu hal yang terjadi disekelilingnya.Bangga dengan hidupnya. Menceritakan salah satu dalam sisi kehidupan anda dengan penuh percaya diri juga termasuk sesuatu yang menarik bagi lelaki. Jika anda menceritakan dengan penuh kebanggaan maka kekurangan dalam diri anda akan tertutupi secra otomatis.Bisa menertawakan diri sendiri. Atau paling sedikit anda memiliki selera humor yang baik.

Lelaki selalu senang berada di dekat seseorang yang bisa membuatnya tertawa dan menertawakan dirinya sendiri. Hal terbaik yang tersirat dari selera humor yang baik adalah petunjuk pasti dan anda memiliki sikap yang sehat. Selalu berpikir positif yang membangkitkan semangatnya.

Selera humor juga merupakan cara yang baik untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan diri sendiri.Memang otak yang cerdas sulit ditemukan baik pada lelaki maupun perempuan. Tetapi begitu seorang lelaki menemukan perempuan yang cerdas, maka kekerasan hatinya akan luluh. Jadi cobalah anda menjadi seorang perempuan yang bisa meluluhkan hati kaum lelaki dengan memiliki sifat – sifat tersebut.
selamat mencoba !!!

Bagai bercakap dengan orang gila

Pada masa yang tidak berapa lama dulu, seorang pembesar negara yang sangat mengambil berat  tentang masyarakat sekelilingnya, melawat sebuah hospital sakit jiwa….

Penghuni - penghuni hospital sakit jiwa itu, memiliki berbagai-bagai jenis penyakit gila. Ada yang bercakap dengan dinding, ada yang tersengih-sengih seorang diri, ada yang menangis sambil mendukung bantal, ada yang dalam ketakutan melihat apa sahaja di sekelilingnya dan macam-macam lagi. :)
Setiap orang gila ini, telah dilawati pembesar negara yang begitu baik hati. Dan kepada setiap pada mereka, dia telah duduk berbual, walau pun kebanyakannya tidak menghiraukan kehadirannya jauh sekali untuk menjawab sebarang pertanyaan dari pembesar itu.

Hinggalah sampai kepada seorang pesakit jiwa yang berada di hujung bilik itu, yang kelihatan sedang mengail di dalam sebuah baldi besar. Dari jauh, pembesar ini mulai terasa, mungkin lelaki gila itu mahu berbual dengannya. Lalu, pembesar itu mendekatinya dan menegur…
  • “Tengah buat apa tu, asyik saja nampaknya?”
  • “Tak nampak ke apa saya buat?” lelaki gila menjawab.
  • “Nampak…awak sedang mengail, kan?”
  • “Huh!!…dah tahu, tanya pulak!” dengus lelaki gila tu.
Pembesar itu tersenyum :) , memahami akan lelaki yang sakit jiwa itu. Kemudian dia bertanya lagi,
  • “Tapi, awak mengail apa?”
  • “….mengail ikan la, awak nak saya kail beruk ke kat dalam baldi ni?”
  • “Hehe…tak lah, cuma…ada ke ikan dalam baldi tu?”
  • “Ehh?!!…AWAK GILA KE? MANA ADA IKAN!!”
Naaahhh :D  …pembesar itu pula yang dikatakan gila. Jadi, moral cerita ini…tidak ada gunanya jika kita bercakap dengan orang gila, kita pula yang jadi gila, hahaha!! :P
Begitu juga, di dalam sesebuah perhubungan. Kalau pasangan kita tengah ‘GILA’ tu… maksud I, tengah marah ke, panas ke…ada lebih baik kita mendiamkan diri, menjauhkan diri…biarkan dia. Biarkan until dia sejuk atau reda amarah dia…
Kerana, “Bagai bercakap dengan orang gila… tiada apa pun yang memberi makna!”
Jangan sesekali mahu menyelesaikan masalah di kala panas membara, marah memuncak. Alamatnya, naik gilalah nanti. So, relax je, cool… sabar. Ada banyak masa lagi nanti untuk selesaikan masalah yang berbangkit. Alright?!
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Friday, November 26, 2010

What You Need to Khow About the Inner Lives of Men

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, â??Awak langsung tidak menghormati sayaâ??. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup â?? tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6. Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7. Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

ego aset penting lelaki

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah   wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.

Menurut     kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun     perempuan.Walau    bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.

“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita.  Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.
“Lelaki    biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri. Antaran itu, tidak hairanlah  kalau  sebut  sahaja ego, serta-merta muncullah  wajah   mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya. Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh,  setiap  individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk  banyak membantah  dan menentang. “Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.
Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim.  Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi,  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita. Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka. “Lelaki   biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada   golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin.

Saham wanita di mata lelaki.

Buat wanita diluar sana, tahukah anda bahawa saham anda berbeza-beza di mata lelaki.
Sama seperti harga pasaran saham di bursa saham. Ada naik turunnya, ada yang diminati dan ada yang dipertimbangkan. Ada yang mampu membuahkan hasil, ada yang cukup-cukup dan ada juga yang tak untung-untung.
Entry ini adalah kesinambungan dari entry yang sebelumnya iaitu “Saham Seorang Wanita
Saham Seorang Wanita | Dari kaca mata anak teruna
Anak teruna… zaman sekarang agak susah nak mencari anak teruna. Ramai yang mengaku teruna, sedangkan kenyataannya dia dan Dia sahaja yang tahu (xtau la kenkawan dorang tahu ke x)
Bagi anak teruna, mereka lebih cenderung mencari wanita yang masih berdara. Alasannya, aku suci, kau juga perlu suci.
Selalunya wanita yang dicari adaah dari kalangan mereka yang cantik dan perfect di mata mereka. Kalau boleh nak yang pijak semut pun x mati-mati.
Dan selalunya, mereka terdiri dari kalangan orang yang baru berjinak-jinak nak bercouple dan bercinta.
Saham Seorang Wanita | Dari kaca mata seorang yang dah kahwin tapi tak nikah.
Bagi mereka, wanita hanya lebih kurang cam stock geli-geli.
Walaupun muka xcun, jerawat sana sini. Asalkan body menarik, manja-manja dan mudah diajak keluar pasti menjadi mangsa golongan-golangan seperti ini.
If korang rasa muka agak-agak xcun, tapi badan korang mengiurkan sehingga menjadi pujaan ramai. Pasti yang datang mendekati mempunyai niat bukan setakat nak berkawan. Mesti ada niat yang tersembunyi.
Siapa tahu kan.
Kalau bernasib baik, dapat lelaki yang baik even tak teruna. Dapat juga berumah tangga (hope masa tersebut dia berubah)
Saham Seorang Wanita | Dari kaca mata seorang duda.
Duda, bukan kehendak dorang nak menjadi duda. Semuanya ketentuan illahi.
Mereka juga manusia biasa, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Jika anda mempunyai peminat dari kalangan Duda, jangan tolak mereka. Tue maknanya saham anda memang tengah naik mendadak.
Walaupun mereka duda, bukan bererti mereka tidak mampu menjadi teman hidup anda.
Dari segi pengalaman, dorang dah ada pengalaman. Maka xperlu la anda bersusah payah nak perlajari dari sumber ke-3.
Dan kebanyakan Duda memang memerlukan insan di sisi mereka. If korang rasa nak beruntung, pilih la duda.
Saham Seorang Wanita | Dari kaca mata suami orang.
Jika anda diminati oleh suami orang. Jangan perasan bahawa saham anda tinggi.
Silap hari bulan, saham boleh naik. Terus xboleh naik dah. Dok kena serang dengan isteri dorang.
Dan selalunya, mereka mendekati korang kerna ingin di temani semasa ketiadaan isteri dorang.
Mungkin juga kerna, dorang menyesal kerna awal-awal lagi xamik korang menjadi isteri dorang. Gatai betul lelaki seperti ini.
If rasa nak bermadu, boleh saja teruskan hubungan dengan suami orang. Tetapi perlu di ingatkan bahawa kalau mereka boleh jadikan anda isteri no 2. Tidak mustahil ada yang bakal menyusul sebagai no 3 atau no 4.
Saham Seorang Wanita | Dari kaca mata Datuk
Jika anda di minati oleh datuk, ini bermakna saham anda tengah naik mendadak. Tetapi ingat, orang sekeliling pasti menfitnah anda sebagai pisau cukur.
Pastikan, anda bukannya berstatus perempuan simpanan. Kalau tidak, ianya tiada beza antara anda dengan ASB. Saham beku dan harap faedahnya di akhir simpanan.
Itupun jika anda masih mendapat faedahnya.
Jika tidak, pilih la datuk yang sudah bercucu. Kata orang cinta tidak mengenal usia.
Pilihan di tangan anda, anda boleh mengubahnya.
Saham wanita tidak sama seperti saham lelaki di BSKL (Bang Sayang Kahwin Lagi)

Tanggapan Yg Mungkin Salah Tentang Lelaki

Wanita sering memberi tanggapan-tanggapan tentang peribadi lelaki yang dikenalinya mahupun bakal dikenalinya...
Namun demikian tidak semua anggapan wanita terhadap lelaki mahupun pasangan mereka itu tepat, mungkin ada alasan-alasan yang tersembunyi disebalik tanggapan tersebut.
Ini adalah antara tanggapan-tanggapan yang berkemungkinan besar salah tentang lelaki..

1. LELAKI TAK SUKA WANITA yang TERLALU BERDIKARI

- Kita selalu mengatakan lelaki tak suka berurusan dengan wanita yang memiliki posisi kuat dalam kerjaya dan wanita yang dapat menjaga dirinya dan memiliki kawalan penuh dan mantap terhadap kehidupannya.

- Ini merupakan anggapan yang salah kerana ada juga lelaki yang sebenarnya 'menerima' kehadiran wanita seperti ini dalam kehidupan mereka.. malah wanita seperti ini ada yang menjadi idaman lelaki kerana biasanya mempunyai kekuatan peribadi.

2. PENDEKATAN HUBUNGAN ADALAH TUGAS LELAKI

-Sebenarnya ramai lelaki yang suka dan rasa amat bertuah apabila didekati oleh wanita. Namun wanita pula ramai menganggap itu merupakan tindakan 'perigi mencari timba'.

- Sebenarnya ia bergantung pada cara pendekatan wanita tersebut. Jika lelaki tidak menerimanya mungkin kerana wanita itu bukan wanita idamannya atau mungkin lelaki itu sudah punya 'seseorang' dalam hatinya. Ini juga memerlukan persediaan menerima risiko akan ditolak. Mungkin ianya memerlukan cara yang lebih berhati-hati untuk mendekati lelaki yang disukai.... bukan dengan cara seperti wanita murahan kerana lelaki amat bencikan cara itu.

3. LELAKI PUNYA EGO yang RAPUH

- Lelaki selalu melindungi diri dengan ego. Setiap penolakan dari wanita yang mereka sukai merupakan pukulan bagi ego mereka. Ini bermakna mereka harus memulihkan ego mereka. Sepebanrnya ego lelaki ini amat kuat dan kerapuhan egonya bergantung pada individu namun taksemua nya memiliki ego yang rapuh. Kerana itu merupakan senjata mereka.

4. SEMUA LELAKI BAIK ADALAH LELAKI yang BERPUNYA

-Ramai wanita mengeluh kerana mengatakan lelaki yang baik itu biasanya sudah berkahwin. Alasannya, berkahwin membuatkan lelaki lebih bertanggungjawab dan ini terpancar pada lelaki yang mereka kenali yang kebetulan sudah berumahtangga.
- Ini menunjukkan wanita berasa lebih santai berada di samping lelaki yang secara emosionalnya tidakmungkin terlibat dengan wanita kerana itu menunjukkan dia seorang lelaki yang tegas. Namun wanita perlu mengetahui bahawa sikap2 ini tidak semestinya berada diantara lelaki berpunya, malah yang belum berpunya masih ramai yang punyai sikap sedemikian... mungkin kerana tidak mahu menonjolkan kelebihan mereka.

5.LELAKI TIDAK SUKA KOMITMEN

-Sekiranya lelaki yang boleh terikat dengan komitmen pekerjaan bermakna dia juga boleh memberikan komitmen terhadap ikatan dalam perhubungan suci dengan wanita. Sekiranya ianya tidak ada dalam diri seorang lelaki, maka itu bukanlah pilihan yang tepat untuk seorang wanita.

-Yang nyatanya, lelaki juga masih sudi memberikan komitmen sekiranya dia betul-betul menghargai wanita yang di sayangi.

6.LELAKI SEPERTI KUCING

-Kebanyakan kucing biar diberi makan dirumah masih mencari di luar, begitulah tanggapan wanita terhadap lelaki.

-Walaupun seringkali terjadi dalam fenomena masyarakat sekarang, namun wanita tidak boleh terus menerus menganggap semua lelaki begitu termasuk suaminya kerana ianya akan membuka peluang pada lelaki untuk bersikap sedemikian.

7.LELAKI CUMA INGINKAN SEKS

- Walaupun secara terang-terangan lelaki seolah menunjukkan hasrat seksual pada wanita yang dicintainya, namun, sebenarnya bukan itu yang mereka mahukan tetapi hal-hal seperti cinta juga komitmen.

8.TIDAK MEMAHAMI WANITA

-Bukan setiap saat lelaki boleh membaca fikiran pasangan mereka. Kemungkinan besar lelaki tidak memahami 80% tanda-tanda (signal) yang diberikan oleh pasangan. Yang pasti wanita kena tahu, lelaki mempunyai perbezaan dengan wanita dalam pemikiran, melakukan pendekatan dan menangani masalah....

Ego Mengaburi Cinta

Orang kata cinta itu buta. Fair enough, but what if perasaan cinta seseorang itu yang membutakan realiti? Mr Brute bukan nak berbunyi pessimistic tapi hakikatnya, the longer we get held back maka makin hampirlah untuk menjadi bujang tua bagi laki dan kalau kaum hawa andartulah jawabnya…


Kali ini article yang berbentuk exposé yang applies to lelaki dan wanita tentang sebab-sebab seseorang itu keras hati untuk membalas cinta. This is for the sake of oneself agar dapat menjimatkan masa, tenaga, mendapat ketenangan minda dan hati serta tiada pembaziran tenaga batin from wasteful wet dreams.

One of the main reasons senang saja. Sebab dia hot. Let’s face it, she or he is a living wet dream. Jadi tak salah untuk expect an air of ‘perasan bagus’ yang memang menyampahkan. Ramai pasti dah menjilat bontot dia so standard la hati individu ini pun dah jadi seteguh Tembok Cina. In this case Mr Brute sarankan dua benda, treat yourself with respect and ciao.

Kenapa perlu menjatuhkan maruah anda demi seorang insan? Memang dalam satu hubungan cinta kita kena lower our ego to prove our sincerity. But it does not include menjadi hanjing dan terhegeh –hegeh dahagakan attention dan kasih someone. Learn this phrase by reciting every day, “I love myself first” Bila kita mula meletakkan value pada diri kita maka barulah orang lain pun interested sebab we are different than the rest. Tapi kalau itu tak berjaya maka ambillah iktibar kata-kata seorang pemancing yang hilang tangkapan,” there are other fish in the sea”

Seterusnya pula, adalah situasi di mana jejaka atau wanita yang hakikatnya, ‘He/She is just not into you’
Cinta tak boleh dipaksa. Kalau cerita Hindustan maybe sometimes after a bit of singing dan guling-guling atas bukit the girl would eventually fall for you, but that is in movies.

Dalam kes ini, anda perlu sedar yang it’s time to back off and give space. Rujuk kembali nasihat pada awal tadi dan juga tak salah untuk menukar menjadikannya kawan sahaja. You will never know he/she might fall for you for who you are. Tapi jangan jadikannya motivasi palsu untuk berkawan kerana isi hati anda pasti terbongkar. Instead by being charming to the person, kawan-kawan mereka pasti akan bertanyakan tentang anda and you have someone to say good things about you.
Akhir sekala adalah mereka yang dikategorikan sebagai when someone is still not ready to fall in love. One must realise that you can never change a person. Kita hanya boleh influence pendapat mereka tentang satu idea dan dalam konteks ini ialah hubungan intim. But that is all you can do, which is hoping they will reciprocate.

Love is a strong emotion because it involves faith. Buktikan apa itu erti cinta dan always remember that it is a learning process. Sekiranya jodoh anda tak kesampaian, you can give up on him/her but never on love. It is a pure emotion, jangan kotorkannya dengan ketidakikhlasan.

MrBrute rasakan bahawa memang perasaan ego itu boleh mengaburi cinta. Sikap jual mahal memang meluatkan. Tapi itu tak harus jadikan alasan untuk membenci seseorang. Takkan sebab tak dapat terus benci because that’s not the right thing to do. Jadi ego ini tak semestinya datang dari ‘target’ anda kerana ia mungkin wujud dalam diri sendiri kerana tak mahu mengaku kalah.

Be truthful to yourself. You will definitely know when it is time to just ciao.
Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan.  Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

7 Petua cari calon suami yang baik

Pernah dengar tak kata-kata nie? Ke ada di antara korang yang pernah mengucapkannya? Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari laki bukan keje main2. Bukan macam nak pilih ikan kembung ke, ikan keli ke kat pasar. Nie soal masa depan nie.
Sebab tulah kebanyakan wanita la nie ada yang rela tak berkahwin sampai tua. Rela jadi andartu. Bukan nak kata memilih, tapi bende penting, takkan nak tangkap muat jer..bangun pagi2, nampak je lelaki pertama, ajak dia kawin terus dengan you…tak boleh jadi ni…tak boleh jadi…
Sebab itulah, jom kita tengok beberapa petua untuk mencari bakal suami yang baik:

1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.  So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…

2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.

3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )

4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak.  Dia hormat ke atau kurang ajar?

5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)

6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-).  So, nilailah betul-betul yer.

7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)


Wah…susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan di tangan Tuhan belaka. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!

Kenapa lelaki suka bertukar teman?

Biasanya terdapat banyak gelaran untuk lelaki yang suka bertukar-tukar teman wanita nie. Antaranya ialah buaya darat, kasanova, playboy, lelaki hidung belang dan macam2 istilah lagilah. Biasanya, si gadislah yang akan ‘terseksa’ jika bertemu dengan jejaka jenis ini. Namun, pernah tak you all selami hati jejaka yang cenderung untuk melakukan perkara demikian? Kenapa dia sanggup lukakan hati semua gadis yang pernah menjadi teman wanitanya?
Actually, lelaki jenis ini agak sukar untuk mencari gadis yang benar-benar menjadi pilihan hatinya, maka dia akan lebih cenderung untuk memutuskan hubungan dengan mereka. Jom kita baca detailnya di bawah:

1)     Takut dengan komitmen
-  komitmen adalah suatu yang penting yg mungkin akan menjurus kepada sebuah perkahwinan. Lelaki nie pulak …. bleh dikatakan bukan semuanya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Mungkin mereka rase yang terlalu banyak bende lain lagi yang perlu disettlekan dalam hidup nie. Mungkin jugak mereka rasa belum mampu untuk menggalas tanggungjawab yang besar tue. So, maybe perkahwinan adalah perkara yang last skali di dalam list diorang.

2)     Cepat berasa bosan
-    ada sesetengah lelaki yang cepat betul berasa bosan. Masa nak tackle gadis yang dia minat, bukan main seronok lagi. Macam permainan ‘cat & mouse’ gitu :-p … Tapi bila dah dapat, ehem2…lain pulak ceritanyer… Iyelah, bende yang sudah ada dalam tangan, kan? Buat apa lagi nak bersusah payah untuk menawan hatinya, kan? :-)

3)     Sentiasa inginkan cabaran baru
- yang nie berbalik kepada no.2 di atas. Selepas lelaki dah berjaya ‘jerat’ si gadis nie, selepas beberapa lama, mulalah dia rasa inginkan cabaran baru.  Mereka sukakan kelainan dan akan berusaha untuk mencari kelainan itu. Mungkin jika dia bertemu dengan seorang gadis yang versatile, yang sentiasa boleh berikan kelainan pada setiap masa, mungkin jugak si jejaka nie akan settle down akhirnya.

4)     Sukakan kebebasan
- kebanyakan lelaki tidak suka diikat. Mereka sukakan kebebasan, contohnya untuk lepak bersama kawan2. They all rasa sebelum kahwin, mereka ada hak untuk bebas dan menikmati kehidupan bujang.  Kalau dah ader girlfriend, tau2 je la …. wanita cepat jeles dan sukakan perhatian yang lebih. So, mungkin si girlfriend nie tak berapa suka kalau boyfriend diorang luangkan masa yang terlalu lama dengan kawan2.. ini juga mungkin menjadi salah satu sebab kenapa si jejaka  akan putuskan hubungan dengan temannya.

Lelaki: Mitos dan Realiti

Perempuan yang memiliki sahabat lelaki pasti lebih mencabar. Bukan sahaja kerana perbezaan jantina, tetapi bukan mudah untuk memahami lelaki walaupun kerap kali bertemu. Namun jangan bimbang, di sini ada beberapa panduan mitos dan realiti tentang lelaki. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk membuatkan anda dan sahabat lelaki lebih saling memahami dan persahabatan yang terjalin akan lebih kukuh.

1. SHOPPING

MITOS: Lelaki tidak suka shopping
REALITI: Lelaki tidak suka shopping dengan kekasih kerana bimbang duit dalam poket jadi kering. Tetapi sekiranya dengan teman sesama lelaki mereka juga sama seperti perempuan. Rambang mata!

2. BUAT PELBAGAI KERJA DALAM SATU MASA
MITOS: Lelaki tidak suka melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa.
REALITI: Lelaki tidak suka melakukan banyak kerja dalam satu masa kerana mahu kelihatan macho dan tenang. Kalau peluh sudah keluar mencurah-curah jatuhlah saham. Bila dengan kawan sesama lelaki, tidak ada apa yang mahu ditunjukkan tak macho pun tak apa.

3. SEKS
MITOS: Lelaki hanya fikir soal seks.
REALITI: Lelaki memikirkan soal seks kerana perempuan yang membuatkan lelaki memikirkannya. Jadi sebagai sahabat kalau anda tidak suka janganlah buat dia memikirkannya.

4. PENAMPILAN
MITOS: Lelaki begitu bangga menjaga penampilan siri supaya sentiasa nampak macho dan bergaya.
REALITI:
Lelaki sebenarnya suka sesuatu yang ringkas, tetapi ada kalanya terpaksa berlakon nampak bergaya dan cerewet tentang penampilan diri. Kalau dengan kawan-kawan sendiri apapun boleh pakai.

5. MEMILIH USIA
MITOS: Lelaki hanya suka berkawan dengan dengan perempuan yang lebih muda.
REALITI: Lelaki sebenarnya suka berkawan dengan perempuan muda kerana mahu berseronok tetapi kalau diikutkan yang sebenarnya lelaki juga suka berkawan dengan perempuan matang.

6. CEPAT MARAH
MITOS: Lelaki kebanyakan panas baran tidak kira tempat.
REALITI: Lelaki marah bila fikirannya berserabut sahaja, tetapi bila hatinya berbunga, perkara yang sepatutnya marah pun boleh buat mereka tersenyum.

Thursday, November 25, 2010

mewujudkan kemesraan dlm rumahtangga

Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.


1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu
kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu,
okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tentu
menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, taksengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi janganbesar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda sepertimengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual..

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda
pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nakjuga rasa makan
bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa
lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri punkurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut sidia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apasalahnya kalu terpegang. Dah sah
pun. Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada
di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah
kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti
terbeliak matanya melihat anda. Bukan tida kbiasa tetapi tidak sangka. Lepas itu,
terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, merekatentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya
tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergeseldengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pastihatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda
lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Biladah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar sidia.

Selamat mencuba.

...malaysiaria

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan...
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya "tempat dimana cinta itu ada."

Bacakan ini kepada setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Bacakan ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan : kecantikan wanita mereka yang azali..

bukan pada kecantikan luaran semata-mata.. Selami lah hati wanita mu... dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.

rahmat menjadi wanita Islam

Rahmat menjadi wanita Islam
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita……


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2  Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada *80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8 Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11 Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7*tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala*80* tahun ibadat.*

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

[Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992. Hadis nabi mengenai wanita. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". Wallahua'lam...

Wanita Ideal di Mata Lelaki

Dalam urusan cinta, wanita kerap bingung dengan sikap lelaki hingga dinilainya sebagai makhluk misteri, kerana membiarkan wanita meneka-neka isi hati mereka. Meski telah cuba menyenangkan hatinya, ramai wanita merasa gagal.

Kaum hawa menilai diri belum sepenuhnya memahami apa yang diperlukan pasangan. Tak heran bila sebuah pertanyaan besar selalu menyelimuti hati wanita, "Apa yang dicari pasangan dalam diri saya?".

Mengupas lebih dalam apa yang dicari lelaki dalam diri wanita, berikut beberapa di antaranya seperti:-

***Lelaki mencari cinta
Perlu diketahui, selain ingin memberikan cinta pada wanita yang dikasihi, lelaki juga ingin diberi cinta oleh pasangan. Masalahnya, banyak wanita suka bersikap dingin. Dan menurut kacamata lelaki, tidaklah mudah untuk mencari seorang wanita yang penuh kasih dan memiliki sikap keibuan, meskipun beberapa lelaki telah menggantung harapan dan berfikir bahawa mereka telah menemui seorang Wanita Tulen.

***Lelaki mencari seorang wanita menarik
Kecantikan hati bagi para lelaki adalah penting, tapi lelaki juga tak menolak keinginan mencari wanita menarik dari segi penampilan. Tidak harus mencari model catwalk dengan tubuh ramping, tetapi satu yang pasti, kaum adam menginginkan pasangan mereka percaya diri dengan penampilannya. Dengan itu, mereka turut bangga memiliki kekasih yang menarik, terlebih bila setiap orang mengatakan kekasihnya benar-benar menarik.

***Lelaki mencari seorang wanita yang boleh dipercayai
Jika anda ingin memenangi hatinya, maka jadilah orang yang bisa ia percaya. Lelaki mencari pasangan yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai. Sebahagian wanita bukanlah sosok yang boleh dipercayai dan setia. Hal ini jelas membuat lelaki semakin waspada. Penting untuk diingat, bahawa tidak semua lelaki boleh memaafkan wanita tidak setia.

***Lelaki mencari pendamping hidup juga wanita humoris
Hingga pada saatnya ingin berumah tangga, lelaki akan mencari seorang wanita yang bersedia menjadi pendamping hidupnya. Wanita yang gemar bersosial, dan boleh dipercayai untuk mengikatnya dalam hubungan jangka panjang hingga berlanjut ke tahap keluarga.

Di samping itu, lelaki juga menginginkan wanita yang memiliki selera humor. Apalagi menurut lelaki, tak sedikit wanita sering tampil kaku dan tegang di hadapan pasangan, bahkan sering merasa terganggu dengan lelucon lelaki. Wanita dengan selera humor tinggi dianggap sangat menarik bagi banyak lelaki.

***Lelaki mencari wanita feminin, lembut, dan baik
Dalam mencari pasangan, lelaki juga mencari wanita yang lemah lembut dan tidak egois. Sebab itulah, banyak lelaki tergoda pada sikap lemah lembut wanita. Kehadiran seorang wanita yang feminin, lembut, dan baik sangat penting dalam kehidupan mereka, pasalnya wanita seperti inilah yang nantinya akan berperanan penting untuk membesarkan buah hati mereka.

Wednesday, November 10, 2010

alasan LELAKI BERSIKAP DINGIN

Lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya.
JIKA kemesraan semakin jauh dalam sebuah hubungan percintaan atau perkahwinan, ia sebenarnya satu isyarat kepada anda. Sekiranya, si dia tidak lagi menghubungi anda seperti dahulu, menolak pelawaan makan malam bersama atau tidak mahu lagi berpegangan tangan, isyarat dingin itu perlu anda susuli dengan tindakan.
Jika sikapnya masih berterusan, anda harus mencari inisiatif dan berusaha mengembalikan semula kemesraan. Jika si dia masih bersikap tidak ambil peduli terhadap anda dan sentiasa ingin berjauhan saat anda memerlukannya, lakukanlah sesuatu.
Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain.
Ingat, golongan Adam mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.
Terdapat lima kemungkinan si dia bersikap sebegitu terhadap anda.
1. Tidak yakin dengan cinta
Si dia tidak yakin apakah perasaannya terhadap hubungan yang sedang dijalin. Namun, ia bukanlah faktor utama. Jadi, anda tidak perlu mendesak atau menuduh pasangan tidak serius dengan hubungan yang sedang dijalin.
2. Takut dengan cemuhan
Dia khuatir dengan apa yang difikirkan orang lain. Saat anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza.
Rakan-rakan wanita biasanya akan memberi pandangan yang berbeza, sedangkan rakan-rakan lelaki umumnya akan mencemuh atau menganggap anda berdua sengaja menunjuk-nunjuk. Hal inilah yang mengganggu si dia sehingga menyebabkan dia memilih tidak mahu menunjukkan kemesraan di depan umum.
3. Pengaruh zaman kanak-kanak
Si dia datang dari keluarga yang tidak menunjukkan rasa sayang. Sewaktu kecil, ibu bapanya tidak banyak menyatakan rasa sayang dalam bentuk ucapan mahupun belaian pada kepala, pipi, atau menerusi pelukan.
Apabila anda ingin membuktikannya, cuba lihat bagaimana situasinya saat si dia bertemu saudara perempuan atau ibunya. Anda perlu mengubah kebiasaan ini, tetapi harus melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan.
4. Akibat desakan
Adakah anda terlalu mendesaknya untuk menunjukkan reaksi sayang terhadap anda? Misalnya dengan pertanyaan seperti, ‘sayang saya tak’? atau tanpa segan, anda memegang tangannya saat memasuki pusat beli-belah atau ketika menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan atau saudara-mara.
Mungkin kemesraan yang perlu ditunjukkan itu bergantung pada tempat dan situasi. Jadi, lebih baik anda bersemuka dan bincangkan bersama. Jangan mendesak sekiranya dia bertegas tidak suka kerana ini akan mengeruhkan hubungan atau dia melakukannya dengan terpaksa.
5. Tidak suka dikongkong
Kemungkinan dia tergolong dalam individu yang cepat rimas atau tidak suka dikongkong. Takut pada ruang yang sempit atau berdekatan atau merasa dirinya seperti perlu membuat pelbagai perkara demi anda. Dia rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya, termasuk kekasihnya. Lelaki sebegini sentiasa memerlukan ruang yang lebih luas untuk dia berkomunikasi lebih lancar dengan kekasihnya.

10 RESEPI CINTA

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita.Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yangtepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintaiseseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apayang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dariorang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanyapada diri sendiri.”apa

yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta,kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamuberi, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya denganmemberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukanberbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yangceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yangdapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintaikeperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamuingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakanpersahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhanmembuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapiagama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatanini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang,bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu.Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalamhubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajaruntuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hatikita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hariini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapatmempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untukberkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintaiseseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamucintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernahtakut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernahmelewatkan kesempatan untuk

mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintaidengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhirkamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatanuntuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon,apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cintayang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmentersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalahujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuhcinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang,berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yangmembezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta danmembiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanyadatang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam,kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembalidengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dankejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dankegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari –hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadikomponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorangbisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasaterperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak bolehmencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secarautuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamucintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakahseseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri“Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jikajawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalamsebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

ikhlas....

3 PERKARA UTAMA TENTANG LELAKI

Dalam artikel kali ni, saya akan maklumkan mengenai apa yang anda sebagai wanita MESTI tahu tentang lelaki/kekasih anda supaya anda dapat memenangi hatinya dan menyuburkan cinta si dia kepada anda.

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan dunia percintaannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk menyiapkan kerja tersebut.

Kalau ada masalah besar yang sedang dihadapi oleh sahabatnya, dan dia turut membantu berfikir untuk menyeelesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantik.

Wanita pula berbeza. Sekali sudah menerima seorang lelaki di dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!

Dua perkara ini bagi wanita, mungkin susah hendak dipisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada di depan mata. Selagi kesedaran masih ada, selagi itu susah untuk dipisahkan.


2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak faham, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tahu ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.

Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.

3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang daripada kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang diusahakannya, bukan saja daripada perhubungannya dengan anda.

Katalah tugasannya di pejabat belum siap lagi, atau apa sahaja yang dia tengah usahakan tidak menjadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega. Perasaan ini secara tidak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.

Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia seperti tidak romantik, macam tidak sayangkan anda atau rasa macam dia tidak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.

Perlu anda faham, anda tidak perlu mendapatkan cinta si dia dengan cara mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda sebagai diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!


AMARAN: Kalau kekasih anda adalahs seorang mat rempit atau yang sewaktu dengannya, lupakan segal-galanya yang telah tertulis di atas. Sebab jenis-jenis semacam ini memang terang-terang menjahanamkan anda sebagai wanita!