Monday, August 23, 2010

10 “Mengapa Lelaki Itu Lebih Suka Hidup Sendiri“!

“Saya berminat-lah untuk jadi teman wanita awak, awak kacak, kaya dan memang agak smart. Lagipun awak tengah single lagi kan?”



“Sorry cutie, I am single but not available.”


Sering kita terdengar ayat-ayat sedemikian rupa (khas buat penagih Cinta). Tentu ada sebab tertentukan seseorang itu berkata demikian? Jom kita ke carta 10 “Mengapa Lelaki Itu Lebih Suka Hidup Sendiri“!


10. Kerjaya menjadi perkara terpenting


Apabila seseorang lelaki itu sedang menuju puncak (macam Akademi Fantasia pula! Haha) dalam kariernya, mindanya memang jarang untuk berfikir buat kali kedua seperti kerja hingga lewat malam atapun berjumpa client ditempat lain. Jika beliau sudah berpunya, sudah tentulah si gadis akan selalu merungut kerana terlalu lebihkan kerjaya berbanding dirinya.


9. Tidak perlu untuk membuat keputusan untuk dua orang.


Bayangkan anda hendak pergi kemana-mana apabila diajak oleh rakan-rakan anda dan segala-galanya sudah sedia. Tiba-tiba kamu teringat pula si gadis, terpaksa minta kebenaran si dia dahulu. Ada yang bagi, OK-lah. Jika si dia jenis yang suka merenget hendak ikut bagaimana? Tidakkah terpaksa menukar segala plan?


8. Perkahwinan adalah segalanya


Kita sudah pun sinonim dengan masyarakat di Malaysia yang mengadakan hubungan seks sebelum kahwin (muslim ataupun tak – yang muslim dah tahu haram buat juga!), tapi adakah mereka sedar bahawa mengadakan seks dengan orang yang kamu sayang adalah lebih nikmat dari mengadakan seks dengan orang yang kamu suka (sila pahamkan suka dan sayang).


7. Dapat menjimatkan wang


Ini memang realiti kehidupan! Selalunya ada 2 jenis perempuan yang suka merenget, satu mengidam dan lagi satu mengikis (dalam keadaan sedar ataupun tidak).


6. Bebas untuk berhibur

Inilah yang menjadi masalah kepada kebanyakkan lelaki (aku tak kata semua), kita sering menghadapi konflik apabila kita ingin untuk berhibur bersama teman-teman, melepak di kedai mamak sambil menonton bola apabila pasukan kegemaran kita beraksi tetapi disekat oleh si dia. Tekanan dan tertekankan jiwa kita?

5. Menonton apa sahaja cerita di panggung wayang

“Taknaklah! Bosanlah citer tu”, itu salah satu ayat apabila kita mengajak si dia untuk menonton genre cerita yang kita minat. Si dia sukakan cerita romantik dan kita minat cerita aksi. Jika paksa nanti buat muka pula, terus hendak pulang setelah tamat menonton. – perempuan memang tak suka bila dipaksa.

4. Dapat lebihkan masa bersama kawan-kawan

Sering terdengar kawan-kawan berkata, “Walaupun aku dah kahwin, tetapi kita masih dapat melepak seperti biasa. Takkan berubah punya”. Percayalah, memang semuanya akan berubah. Nak keluar sahaja, macam-macam alasan diberi oleh si dia. Terpaksalah tidur disofa.

3. Tidak perlu terasa perit untuk menjaga hati seseorang

Apabila kita sudah terikat, segala-galanya kita terpaksa memikirkan terlebih dahulu sebelum melakukannya. Jika kita buat, si dia mungkin akan terasa dan jika kita tidak buat, dia akan gembira tetapi jiwa kita yang akan lara. Terpaksa lakukan sesuatu walaupun kita tak suka.

2. Tiada masalah bebel

Cukuplah bos kita membebel dipejabat, tidak perlu untuk mendengar bebelan keramat dari mulut seorang yang bernama wanita. Anda sendiri tahu bagaimana situasi apabila seseorang wanita itu memulakan bebelan keramat.

1. Belajar erti sesebuah perhubungan

Inilah yang kita takkan dapat sekiranya kita berkahwin awal ataupun terikat dengan si dia yang memang seorang “Queen Control”. Apabila kita masih single, kita dapat bergaul dengan semua jenis orang, tak kira lelaki ataupun perempuan. Kita dapat dengar cerita-cerita dari mereka, dan mengambil iktibar dengan kisah-kisah mereka. Jika dah berpunya, mungkin mereka akan kurang bercerita (ada juga yang akan berkongsi) kerana takut menjejaskan hubungan kita dengan si dia.

Tetapi rasanya kelebihan hidup berdua lebih baik! (aku rasa korang sendiri pun tahu!)

No comments:

Post a Comment