Bila bercakap tentang cinta, kesempurnaan dan perasaan, aku tak nafikan di sini, masing-masing punya pandangan yang berbeza. Mencari kesempurnaan untuk lekat dan dekat di hati memanglah satu tugas yang amat membebankan. Itu salah ini salah… itu tak kene ini tak kene. Bila kita ok.. tapi mak ayah pulak reject.. abis macam mane ni?
Kalau nak diikutkan, kehendak hati memenuhi kriteria amatlah banyak. Kalau nak disenaraikan dalam blog ni, aku yakin memang tak cukup. Ye lah… siapa yang tak mahu bahagia, siapa yang nak kepada porak-peranda… Jadi sebagai seorang yang agak macho dan matured perwatakannya, di sini aku senaraikan lima perasaan LELAKI terhadap waninta yang diingininya, tetapi…
1. Mencintai dan menghargai dirinya sepenuh hati - malangnya yang ditemui adalah terlampau mengambil berat sampai nak pergi kenduri rumah Pak Karim blok sebelah pon dia jeles. Habis semua perkara di soal siasat daripada siapa yang kawin sampai la kamu pakai baju apa untuk ke sana.
2. Jujur dalam perhubungan – selalunya yang dapat adalah makwe-makwe yang dia ni adalah makwe yang banyak choice lelaki pilihan. Dannn…. kamu itu adalah salah seorang daripada lelaki pilihan tersebut. Erm… boleh ke?
3. Sopan dan taat - tak terlampau seksi, malah agak sopan dan sedap mata memandang. Tapi yang tak boleh blah apabila bertemu dengan kengkawan dia. Memang mulut tak kaver, sampai kamu pon naik segan. Bila dah sampai satu tahap…. kamu pula yang jadi bahan cerita mereka. *Uih… komfem ade yang pernah terkena kan???
4. Menghormati warga senoir - *cakap tua kang.. sensitif plak* memang si Dia amat menghormati. Tapi sekarang baru kamu tahu yang dia ni berat tulang. Pinggan sebiji pon segan nak basuh. Hahaha.. baru cadang nak rekemen. Hadoi ai.. dah la tambang balik ke kampung sebelah Pantai Timur ni mahal… *dalam hati, sure kene reject*
5. Peramah dan berperwatakan ceria – dengan kamu memang peramah, baik hati dan sentiasa menceriakan suasana. Rupanya setelah lama berkawan… dengan orang lain pon dia peramah jugak. Silap-silap terlebih ceria. Argh… Ini membuatkan hati kamu berkata: “Dia ni syok kat sapa? Aku ke member aku??? Waaaa…. terbakar nih”
Opppsss… berhenti la setakat tuh. Mungkin ada yang terasa pulak kejap lagi. Hehehe.. sebenarnya entri ni adalah sekadar omong kosong. Aku hanya menjadi pengacara jemputan nona penulis jemputan. Jika ada diantara kamu tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat tersebut… boleh saja luahkan di sini. Tiada sebarang masalah.
No comments:
Post a Comment