TAKTIK MEMIKAT PLAYBOY:
* Mengambil berat mengenai perasaan dan situasi wanita.
* Selalu bercerita tentang kesusahan diri dan betapa si gadis amat membahagiakan dan telah membantu menjadikan si playboy seorang yang paling beruntung di dunia dan bagaimana atas nasihat si gadis si playboy sudah berubah dan memajukan diri dalam pelbagai segi.
* Selalu memberi kata-kata pujian pada si gadis, sama ada mengenai rupanya, tingkah lakunya yang lemah lembut & manis, rajin, pandai menjaga diri, suara gadis yang ayu dan comel dan kata-kata yang manis yang lain.
* Anda satu-satunya gadis yang ikhlas, pandai mengambil hati dan memahami dirinya.
* Anda cantik tetapi tidak sombong
* Apabila sudah terkantoi:
o Isteri tidak menjaganya dengan betul, baju pun tak terbasuh (tidak sedarkah jika dah mempunyai anak sampai 4, masa agak terhad untuk basuh baju atau mengemas rumah). Alasan tidak munasabah.
o Sunyi, tiada teman berbicara
o Anda seorang gadis sejati yang satu-satunya memahami dirinya. Anda bukan seperti gadis-gadis yang lain!
No comments:
Post a Comment