Thursday, August 26, 2010

Lelaki Yang Paling Disayangi Oleh 12 Zodiak

Sekarang mari kita lihat ciri2 kaum Hawa yang bernaung bawah Zodiak mereka dan kaum Adam bawah Zodiak mana yang sesuai untuk mereka.

ARIES

Wanita Aries mengagung-agungkan cinta. Percaya pada cinta pandang pertama adalah abadi. Mempunyai mata yang lembut dan bersinar.

Lelaki Pisces yang lembut dapat memberi kebahagian kepadanya.

TAURUS

Wanita Taurus menitik beratkan lelaki yang matang dan serious dalam perhubungan.

Lelaki Aquarius yang prihatin dalam semua perkara merupakan pasangan ideal bagi Taurus.

LEO

Wanita Leo amat suka lelaki yang mendengar segala katanya tanpa bantahan.

Lelaki Taurus pandai membuat keputusan, menjaga maruah dan sering bergurau senda dengan wanita Leo.

VIRGO

Wanita Virgo sangat kagum dengan lelaki yang cerdik pandai dan memberi keselamatan kepadanya.

Lelaki Capricon matang, rajin dan mampu memberi masa depan yang cerah kepada wanita Virgo.

SAGITTARIUS

Wanita Sagittarius mempunyai ramai peminat. Tapi wanita Sagittarius tidak berani menerima cinta mereka.

Lelaki Leo sangat peramah apabila dia sudah jatuh cinta sehingga wanita Sagittarius tidak dapat menolak cintanya.

CAPRICON

Wanita Capricon sering berasa bosan tapi sentiasa mengidamkan percintaan yang romantik.

Lelaki Gemini selalu membuat waniat Capricon ketawa dengan humornya.

CANCER

Wanita Cancer memang berharap disayangi dan dibelai sepanjang masa.

Lelaki Virgo sanggup memikirkan pelbagai cara untuk menyayangi wanita Cancer.

GEMINI

Wanita Gemini mempunyai permintaan yang tinggi terhadap fizikal dan paras rupa.

Lelaki Libra yang dapat memenuhi permintaan tinggi ini kerana kacak dan peyabar.

SCORPIO

Wanita Scorpio sangat berkuasa. Bukan semua lelaki boleh bertahan dengannya.

Lelaki Sagittarius sanggup melakukan semua kerja rumah untuk wanita Scorpio.

LIBRA

Wanita Libra yang mementingkan kebendaan dalam menikmati segala-galanya.

Lelaki Aries sangat setia dan sanggup bekerja keras demi memberi kebahagiaan kepada kekasihnya.

PISCES

Wanita Pisces seorang yang lemah lembut dan inginkan lelaki yang sanggup berusaha demi masa depan.

Lelaki Cancer yang mempunyai perancangan masa depan dan amat menepati citarasa wanita Pisces.

AQUARIUS

Wanita Aquarius seorang yang sanagt dingin. Dia memerlukan orang lain yang berbual-bual dengannya.

Lelaki Scorpio pula pandai mengambil hati, bertanggungjawab dan sanggup lakukan apa2 saja untuknya.

No comments:

Post a Comment