Wednesday, October 27, 2010

Mengapa kita lambat bertemu jodoh?

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
siapalah jodoh ku....
siapalah jodoh ku....
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1.  Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2.  Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3.  Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4.  Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5.  Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6.  Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
(Koleksi ANIS / oleh zakaria sungib / dan juga ihsan Telaga Biru Sdn. Bhd. : VCD Forum Petua Mencari Jodoh di Bandar Baru Bangi)

LANGKAH BISTARI ISTERI MITHALI

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.

4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.

7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.

13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.
14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.

15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.

16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.

17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.

18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.

19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.

20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.

21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.

22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.

24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.

25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.

26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.

27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.
28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta'awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 'Qul'.

29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.

30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.

31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.

32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.

33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.

34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.

35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.

36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.

37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.

38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.

39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.

40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.
41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.

42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.

43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.

44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.

45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.

46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.

47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.

48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.

49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.

50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin.


-----------------
'Dalam Kerendahan Diri
Ada Ketinggian Budi
Dalam Kemiskinan Harta
Ada Kekayaan Jiwa....'

about the important of sex

Why you should have sex everyday


Heard that song called Sexual Healing?
It's not just a metaphor. Sex can actually heal. It can heal your body and mind and also prevent lots of diseases.
Some say it's the first medicine ever known to man and it should be administered daily. Sounds too good to be true? Let's discover the five reasons to have sex each day.
Great form of exercise
Making love is a form of physical activity. During intercourse, the physiological changes in your body are consistent with a workout. You must have noticed that the respiratory rate rises, which means you get tired. Hence, you burn calories.

If you have sex three times a week for 15 minutes you'll burn about 7.500 calories in a year.

That's the equivalent of jogging 120km! Heavy breathing raises the amount of oxygen in your cells, and the testosterone produced during sex keeps your bones and muscles strong.
Pain relief
The "Honey, not today, I have a headache" cannot be an excuse any more.

During sex, both male and female bodies produce endorphins, hormones that act as weak painkillers.

A study conducted by reknowned sex theraphist Gina Ogden showed that during sexual stimulation and especially during orgasm, we don't feel pain.

If she finds another excuse, remind her that sex is good for her entire reproductive system, because it trains the PC muscle, which keeps the reproductive organs in shape.

In women, sex can also increase fertility, postpone the menopause and relieve PMS symptoms.
Prostate protection Most of the fluid you ejaculate is secreted by the prostate gland. If you stop ejaculating, the fluid stays in the gland, which tends to swell, causing lots of problems.

Regular ejaculation will wash those fluids out and ensure the well being of your prostate until old age. Problems may also occur when you suddenly change the frequency of ejaculations.
Prevents EDFifty per cent of men older than 40 suffer from erectile dysfunctions and all young men fear the moment when they won't be able to get it up any more. The best medicine against impotence is...sex.

An erection keeps the blood flowing through your penile arteries, so the tissue stays healthy. Plus, doctors compare an erection to an athletic reflex: the more you train the more capable you are to perform.
Stress relief
It's a scientific fact: sex can be a very effective way of reducing stress levels.

During sex your body produces dopamine, a substance that fights stress hormones, endorphins, aka "happiness hormones" and oxytocin, a desire-enhancing hormone secreted by the pituitary gland.
-timesofindia.indiatimes.com

Published Nov 27 2009

LELAKI PEMALU?

lelaki pemalu???? hmm pelik bunyinya tapi benar.. segelintir kaum lelaki ni mmg ada yang pemalu. kadangkala macho giller tapi, segan ngan pompuan... dah banyak kes dah..so lets check how nak kenal lelaki pemalu ni... yang malu nak tunjukkan dia suka kat u al, jom baca sign from them

1) pandang dari jauh

dia suka dengan awak!!, tapi dia tak akan datang depan awak macam tu je. peringkat awalnya, dia akan pandang u al dari jauh... melihat kayuan u al,.. so tak heran la bila u al jalan terasa macam ada yang pandang je kan.. dia la tu!! pandang diam-diam. tapi since u al perasan dia pandang u al and bila dari jauh terpandang dia, dia tak akan mengalihkan pandangannya. tp sure u al tak layan kan, coz tak nak di tuduh perasan.

2) suka pandang u al secara 'silent'

bagi yang masih belajar, peminat u akan suka pandang u tanpa u sedari. lecturer sedang mengajar kat depan, tapi dia yang duk kat seat belakang suka je tengok ngan u. sama gak kat tempat makan, ala kat cafe tu, nampak u, tajam dia memandang, tapi haram tak berani nak dekat dengan u. u dh perasan kan dia pandang, tapi segan la juga nak memandang matanya kan, coz lelaki macam ni bila memandang mmg pandangan yang tajam.

3) bercerita pada best frendnya

dia akan cakap kt mbr boy (bianyanya sorang je..dia tak citer ramai2), yang dia minat kat u. tapi bila berselisih dgn u..dia tak berani nak mulakan perbualan, kadang2 kawan dia plak yang kena cover.. walaupn at the same time u al pn minat gak ngan budak laki ni, tp segan gak la nak mulakan perbualan dengan dia kan.. coz bila di depan u al, they buat mcm tak ada apa2 feeling je. control macho beb

4) berusaha menyentuh

jika biasanya kerja satu ofis atau study satu course, si mamat ni saja2 buat tak sengaja menyentuh a ul....u al mesti fahamnye lah.


5) percaya pada instint

kadangkala gerak hati pompuan ni kuat. bila u al nampak sign mcm dia minat kat u al dan u al pn suka ngan dia..just tunjukkan yang u gurl minat kat dia...senyum ke kat dia, tegur dia ke.. bukan apa, boy pemalu ni kita kena buka jalan supaya dia berani luahkan perasaan dia. kalau dia nampak u al buat tak tau je, mmg susah dia nak luahkan rasa hati dia. malu vs takut direject.

6) bawa kawan jumpa dengan u al

ni dah tahap tak tahan giller ni, bila dia dah tak dapat control perasaan dia kat u, dia akan jumpa gak dgn u, tapi dia akan ajak kawan temankan,....huhuhu.. bila tengah cakap dgn u mmg nampak sgt muka dia malu!!. tapi bila dh bawa kawan mmg tak banyak yang u al dapat bualkan.

so kadangkala, cinta macam ni tak kesampaian kerana pendam je perasaan. if u gurl pun minat kat dia, mmg u al tak sempat bercinta pun. jika sama2 pemalu. so kesimpulannya, jika berminat pada lelaki pemalu, gurl kena pandai untuk buat dia luahkan perasaan. tp sebelum buat mcm tu, mesti pastikan dulu yang lelaki itu mmg betul2 minat ngan u k.

bila HATI lelaki TERLUKA??

pernahkah anda diminati oleh seseorang tetapi anda reject dia?..sure penah terjadi kan...maybe masa tu kite tak berminat dgn dia..atau dia tak hensem....atau kita dah ada pakwe... so gurl.. penah tak juga yang u gurls cari balik budak yang penah minat u al tu? ..tapi bukan senang untuk kita meraih cintanya kembali kan.. so bleh check kat bawah apa sebenarnya di hati lelaki tersebut ;-)

1) suka tetapi luka: sebenarnya memang si boy ni minat dengan u gurl, memang dia nak couple dengan u al, but at the same time fikiran dia masih terfikirkan kes u al reject dia. so sukar dia nak cintakan u al kembali.

2) rasa seperti apa yang dia rasa: kadangkala lelaki ni mmg minat, tetapi kes dia malu dan sakit hati kena reject, dia nak u gurls rasa sama apa yang dia penah rasa. dia layan u al best at first contact, tetapi at the same time dia mula menyakitkan hati u al dengan byk kerenah yang tak masuk akal. contohnya, guna bahasa kesat/kasar, banyak beralasan bila nk jumpa, banyak menyalahkan u al yang sebenarnya bukan u al pun yang silap.

3) suka marah2 pada sebab yang tidak jelas: dulu masa dia nak tackle u gurls, sifat dan bahasa dia manis je.. sejuk je hati. since u dh reject n u al nak cinta dia kembali, sikap dia dah tak sama macam dulu. masa ni u al akan mula tak faham dan pening kepala dengan perangai dier.. maybe dia suka marah2 u al, suka perlekehkan u al, buat u al terhegeh-hegeh kat dia....at the same time suka mengungkit apa yang u gurls penah buat kat dia dulu.

4) luahkan perasaan sakit hati: perasaan suka tu ada di hati dia, tapi lelaki ni mudah gak simpan dalam ati apa yang u al dh buat kat dia. msg2 dan kata2 dia banyak yang mempamerkan sakit hati. kata2 dia juga banyak mempertahankan keegoan dia sebagai lelaki terhormat la katakan.. so u al terpaksa la mengalah dan menggunakan segala kata pujukan.. bg hati dia cool.

5) menyepikan diri: di tahap ni mmg dia msh sakit ati dan luka masih belum sembuh. mungkin juga dia tak nak bagi cinta dia kat u gurls lagi. so bila dah u al contact dan msg banyak kali tp x dilayan tu.. mungkin dia dh buat keputusan yang dia mmg dah tak boleh nak cintakan kamu lagi..


so... gurls, lelaki ni macho siot sec luaran kan, tetapi mereka sangat sensitif terhadap gadis yang betul diminatinya. baginya dia ingin kelihatan terbaik di depan gurl pilihan hati.. since u al dah lukakan hatinya, dia merasa terhina, malu dan jatuh ego jantan walaupun hakikatnya u al x penah buat hal buruk pun... bagi dia, bila kamu dah tolak cintanya, bermakna kamu dah tunjukkan yang dia tidak layak untuk kamu. so kecik ati beb..ego..ego..huhu..

sebab tu bila nak kembali kepada guy tuu..amat la payah..kadang2 sampai u al menjeruk perasaan dengan sikap dia yang kadang2 pelik dan x waras. so kalau macam tu gayanya... lebih baik kamu lupakan saja si dia,..kerana, dia mmg terluka keranamu. jika diteruskan takut nanti tiada kesudahan. lelaki pentingkan ego dan maruah them walaupun hakikatnya, they suka giller kat u al.

so gurl..before reject seseorang, think properly, n jika nak reject pun u al kena smart skit, jangan sampai lukakan perasaannya. hakikatnya, lelaki mmg sensitif terhadap gurl yang diaorang suka. take note of this.