Monday, January 10, 2011

“Youuu la bayar!”

Crazy bila memikirkan soal siapa yang bayar, siapa yang belanja. Why crazy? Because it’s about money…money turned people’s become crazy!
Semasa anda masih lagi dalam PERCINTAAN… Siapa yang kena bayar bila keluar makan?, Lelaki atau Wanita? Keluar minum-minum, shopping, bersiar-siar, theme park entrance, bowling, bills, car installment, sewa rumah, topups, masuk tandas kat mall… hehehe, tak pernah fikirkan? :)
Most of us, kalau masa bercinta ni biasalah…kerana sayang, sanggup belanja, sanggup bayar untuk apa sahaja asalkan tidak bergaduh, asalkan sama-sama bahagia. IF HAPPY, okaylah… kalau tak happy? kerana cintakan dia, sanggup berbelanja tak kira apa, berapa harga, bila-bila masa…BAYAR!
Bukan nak cakap la tapi lately ni memang ramai lelaki suka sangat meminta girlfriend bayarkan macam-macam. BUKAN SEMUA LELAKI,  dan BUKAN LELAKI KAT SINI LA.. hehe :lol: - yang kat sini semua baik-baik, tetapi segelintir… (yang mana marah dan terasa hati tu, haaa dia lah tu!)
Siap suruh girlfriend belanja setiap kali keluar makan dan minum, even tambang teksi, komuter, bayarkan payment kereta, malah top up pun suruh girlfriend belikan! MELAMPAU BETUL!
  • Okaylah dapat girlfriend anak lord…tapi cemburu buta pulak tu, memaki hamun girlfriend pulak setiap kali cemburu. Lepas tu pakai kereta girlfriend lagi…
  • Kalau girlfriend yang hanya makan gaji tapi berkarier tinggi sikit pun kenaaa jugak…minta belikan macam-macam keperluan dia, siap minta bayarkan kereta dia la, minyak kereta la, nak pergi bersiar-siar pun girlfriend yang keluarkan duit. Tak malu ke?
SOMETIMES tu boleh lah girlfriend belanja, bukan tak boleh langsung, tetapi JANGANLAH SURUH BAYAR. Kalau girlfriend nak belanja minum, or belikan Tshirt, Jeans… kadang-kadang tu best la jugak kan, but that’s it la! Apa ke benda sampai bayar macam-macam ni? Mana maruah anda sebagai lelaki?
All this selalunya alasan lelaki-lelaki ini adalah, ‘masih belajar’ – ‘masih menganggur’ – ‘kerja I tak sehebat kerja you’ – ‘I bukan anak orang kaya macam you’ so “Youuu la bayar!”
Yang peliknya,
  • the girl sanggup bayar pulak tu…dan selalu sebab takut boyfriend cari lain. ADOI! Takkan serendah itu martabat anda sebagai wanita? Kalau kerana anda tak mahu belanja dia, dan dia nak cari lain…BIARLAH! Biar dia cari lain…
  • Some girls pulak maybe fikir, umur sudah lanjut…dah in 30’s so fikir kena suap dengan duit la, kena belanja macam-macam baru lelaki ni nak kat dia…lepas tu dah bertahun-tahun, bamm!! Mamat tu tinggalkan dia!…Beribu-ribu ringgit habis untuk teman lelaki…now tinggal habuk je lah… :(
Pernah tak anda fikir sekiranya keluarga anda dapat tahu, yang anda menanggung segala-gala untuk boyfriend anda? …dimanakah maruah keluarga anda hendak letakkan? Malu ibu bapa anda nanti… Anak gadis yang diasuh sedari kecil dengan berbagai-bagai ilmu kehidupan dan pelajaran yang tinggi…bila dah besar, menanggung hidup laki yang bukan suaminya!! Aduuhh …malunya!
Macamana anda boleh terfikir lelaki sebegitu yang layak untuk dijadikan boyfriend? JAUH SEKALI nak dijadikan suami beb?! Takkan lah sampai macam tu sekali anda tak laku? Malah boleh percaya dengan kata-kata dan janji manis…
  • “Nanti bila I ada duit, I bayar semua okay. Duit I dah nak dapat ni…”
  • “Nanti kita kahwin, I tanggung semua okay sayang…sekarang, you la bayar dulu…”
  • “Kan I belum dapat kerja tetap lagi, you bantulah I dulu. Esok dah dapat kerja, you nak apa pun I belikan!”
  • “Bestnya la dapat girlfriend macam you… sayang kat you tau, nanti kita gi holiday you la belanja okay, you kan kayaaa!”
  • “Kalau you tak top up kat I, I tak nak jawab sms you lagi!”
PLEASE GIRLS! Open your eyes… Inikah lelaki pilihan you all?! Please la beb…
Dalam hukum syarak pun menyatakan suami tidak boleh menyentuh harta isteri. Melainkan isteri merelakan dengan niat membantu suami. Dan semua tanggungjawab memberi nafkah adalah atas suami, mengikut kemampuannya.
Pastinya give and take tu baguslah, saling bantu membantu untuk meringankan beban, TETAPI itu setelah berkahwin, dengan kerelaan isteri! SEKARANG BELUM KAHWIN!!…
Yang sepatut anda cari adalah lelaki yang memiliki ciri-ciri seorang ketua rumah yang provide kemudahan dan kesenangan untuk keluarga. Sederhana pun Alhamdulillah asalkan dia layak dan berkemampuan, kalau dapat yang stabil atau berduit tu…or kaya, it’s a bonus la.
BUT…kalau yang sangap tak terdaya nak menanggung diri tu, why la you nak bercinta dengan dia?… kalau diri sendiri pun tak tertanggung macamana nak menanggung anak orang? Lepas tu ada hati nak bercinta pulak tu…
Kalau layan baik, mesra, menghormati, pandai ambil hati keluarga you, menggembirakan hidup you, membahagiakan, tak pa lah jugak, boleh lah beri peluang sedikit masa untuk meningkatkan taraf hidup.…TAPI, layanan buruk pulak tu, kena hina, kena maki, ada yang kena pukul…
  • Guys, kalau tak ada duit tuu, berusahalah bersungguh-sungguh sampai berkemampuan. Then barulah bercinta! Buat malu kaum lelaki je suruh girl bayar… “YOUUU LA BAYAR!!” :D
P.S : GIRLS, Jangan Biarkan diri anda kesepian tanpa lelaki yang menghormati, menghargai  dan menyayangi anda! Dapatkan  “A MUST READ” koleksi 3 ebook cinta paling popular - milikinya hari ini!
Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

cinta 3 series

1st of all, Bro Razzi ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pembaca yang secara tidak sengaja, selalu memberi semangat kepada saya, dan tidak henti-henti mengikuti artikel-artikel dari saya yang sudah mengjangkau ke 296 pieces kesemuanya hehe…
Alhamdulillah, syukur… bagi my hardcore readers, fans, bloggers, followers and regular visitors, mereka cukup mengenali dan memahami my writings ya. So in case, kalau curious about me for those yang baru-baru mengenali saya tu, baru mengikuti tulisan saya, I would like to say, tiada niat lain selain dari memberi sedikit inspirasi dan membantu! Very-very sure mereka yang menegnali saya, akan bersetuju dengan Bro Razzi, betul tak?
Same goes with this new article…first thing you all kena ingat, I menyebelahi you! Okay :)
You see, bila I renung-renungkan, tak sangka pulak Cinta WANITA 3 series BUKAN hanya tentang wanita yang sudah berumur lebih 30 an ke atas dan masih single, tetapi ianya tentang semua wanita!
In fact, paling kritikal untuk wanita yang late 20’s tapi masih tercari-cari cinta! Kritikal dan amat penting waktu ni. Why penting? Penting kerana…merekalah yang paling getir dan perit menghadapi saat melangkah ke alam 3 series, yet still NOT married! Sebab bila dah cecah 30’s dah agak susah kan… “It’s either now, or very late bloom laaa…”
  • Paling mengecewakan dan menyedihkan hari apabila kena face kawan-kawan yang semua dah kahwin pada usia 20an lagi. Sesetengah dari mereka dah ada anak pun…Paling boring, apabila mereka berbual… Pasal suami, pasal babies, pasal plan masa depan. Adoi!! Yang kita ni, dah lanjut usia, keseorangan, sendirian tanpa teman…nak keluar pun, tak tahu nak keluar dengan siapa lagi dah!
Ingat lagi dulu kat one girl ni, kata dia,
  •   “Saya baru 26 tahun bro, ada banyak masa lagi untuk saya dapat boyfriend”
  •   I jawab, “24 tu dah senja…26 tu dah malam, …nak dapat boyfriend satu hal lamanya, nak mengenal dia beberapa tahun pulak, nak tunggu bila baru nak kahwin? “
  • “Ahhh… Saya muda lagi bro, fikir karier dulu, saya tahulah diri saya, sampai masa nanti saya kahwinlah bro…”
Bunyi seperti sombong tak sombong gitu, seperti dia tahu kesannya, tetapi ego untuk admit it. Jelas keegoaan gadis itu membawa kepada kekecewaan, dalam diam tak diam, sudah hampir 5 tahun kini, dan saya terjumpa dengannya baru-baru ni yang sudah 31 tahun dan masih belum berkahwin dan tak ada boyfriend pun…kesian.
Dalam hati at that time, I macam ingat-ingat lupa la umur dia, so I buat-buat tanya la,
  • Umur berapa dah sekarang? Nampak macam muda lagi ni…
  • “Baru 31 tahun bro, muda lagi heheh…” …sounded macam malu, so she decided to make joke out of it.
  • “hehe… ulang balik yang you cakap kat I dulu ek”
So kami berbual seperti biasa, then later tu…bila dah nak chiao, Bro Razzi tanya lah soalan cepu emas,
  • “So, dah 30’s…bila nak kahwin ni?,
  • “entahlah bro, tak ada sapa nak kat saya dah… Kalau ada pun yang tua-tua, atau laki orang atau pun duda… Single young man dah tak pandang saya dah bro… Ye lah saya fahamlah kan, kalau lelaki tua pun nak yang muda remaja, ini pulak lelaki muda…malas lah nak bercinta lagi bro…senang - senang, cam ni je bro, berkenalan, pastu kalau suka, terus kahwin!”
  •  ”Ooo…macam tu. Senang ya hehe…Okay then, take care ya.” Jawab saya… mengakhirkan perbualan pendek kami.
Tu lah kan, masa muda-muda, memilih sangat, tidak mahu mencuba, putus asa, sombong, sekarang dah 3 series.. . memanglah susah nak mencari jodoh. Rasa letih nak memulakan percintaan, rasa malas nak control2 ayu, nak menjaga hati, nak melayan karenah lelaki…letih!!
Amacam so far? Tersedak ke? Terkedu? Senak dada membaca? Geram? Hehe… sabar-sabar, relek-relek...It’s better to talk about solutions dia from now, okay…
Actually, kesilapan ramai single girls when they reached 3 series ni, mereka masih di takuk lama! Tidak evolved! Atau berkembang mengikut peredaran zaman, mereka masih berpegang pada citarasa lama, pendirian lama, masih menyimpan sikap tunggu dan lihat…“Cinta tidak akan datang bergolek beb! You have work for it!”
Sebab itulah ramai yang give up dan rasa macam dah tak ada harapan. In my humble opinion, kita kena ubah sikap dan pendirian dan ikut peredaran zaman dan umur kita beb…
To me, girls at early 30’s is the best!! Provided, mereka kena ACT LIKE ONE! Matang, relax, cool, sangat memahami, berdikari. I personally love girls at 30’s hehe… But if 20’s and matured, inteligent and independant sure lah best jugak!!
So, be 3 series, jangan malu, “Age is just numbers” keperibadian kita yang penting! Don’t worry too much, dont think too much… Masih ramai yang mahu berkahwin dengan 3 series girls, trust me!!
Yang penting kematangan, cool dan independant! Wajah kenalah sentiasa berseri, kena facial lebih sikit, penjagaan kena double lebih dari masa 20’s kan.. And remember, believe, harapan dan peluang masih terbuka luas!
Cuma janganlah umur dah 30an tapi perangai macam budak-budak, macam teenagers ke, atau macam gadis 20an yang selalunya suka merajuk, merengek, meminta-minta dan mengada sangat, which is UNCOOL! …also tak boleh juga, acting like OLD WOMAN, macam mak nenek, lagilah boring!
“BIAR UMUR BERAPA PUN TAPI KEPERIBADIAN MATANG, HATI MUDA REMAJA, JIWA BERSEMANGAT dan BERTENAGA!” …InsyaAllah, cinta akan hadir!”
P.s. Check out all my ebooks that are helpful for your relationship click here 
Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com