Wednesday, November 3, 2010

CANTIK atau BIJAK

 Tip jejaka temu jodoh ideal

BAGAI sudah menjadi lumrah, tarikan fizikal dianggap penting dalam perhubungan sosial terutama dalam konteks lelaki dan wanita. Rata-rata lelaki ataupun wanita cenderung menilai aspek fizikal seperti paras rupa dan tubuh badan dalam menjalin hubungan.

Bagi lelaki, dalam kebanyakan situasi, mereka cepat tertarik dan jatuh hati kepada wanita berwajah jelita dengan tubuh menawan berbanding gadis yang memiliki kekurangan dalam aspek itu. Kecenderungan ini bagai sudah menjadi trademark sedangkan jika diteliti dari aspek keperibadian, lebih banyak kualiti ditemui pada wanita yang tidak memiliki tarikan fizikal.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan jarang ditemui lelaki yang lebih mementingkan sikap, pemikiran dan hati budi dalam memilih teman hidup. Malah, jika diberi pilihan, lelaki inginkan pasangan yang lengkap dengan semua kualiti ini - cantik, bijak dan menawan.

Baru-baru ini, kaji selidik yang dikendalikan sebuah badan antarabangsa sedikit sebanyak menyokong teori kecenderungan lelaki memilih teman hidup. Hasil kaji selidik ini mendapati, majoriti lelaki lebih suka berpasangan dengan wanita cantik walaupun mereka tidak bijak.

Wanita yang dijadikan pilihan kepada responden kaji selidik ini adalah peserta program realiti popular Celebrity Big Brother’s, Chantelle Houghton yang cukup jelita tetapi bimbo dan peserta program University Challenge, Gail Trimble yang memiliki kekuatan intelek.



Dalam kaji selidik ini, 73 peratus responden iaitu lelaki memilih Houghton yang secara fizikalnya tampak lebih menarik berbanding Trimble.

Alasan yang diberi hampir separuh daripada responden lelaki ini ialah kebijaksanaan tidak penting. Apa yang lebih penting bagi mereka ialah menjadikan rakan-rakan kagum melihat mereka berdamping dengan wanita jelita.

Kajian itu juga mendapati, lapan daripada 10 responden lelaki pula menyatakan mereka berasa takut berpasangan dengan wanita bijak.

Apa yang menarik, kaji selidik itu mendapat reaksi berbeza daripada responden wanita. Kira-kira tiga perempat daripada responden wanita mengakui mereka mencari pasangan lelaki bijak berbanding tampan kerana bagi mereka, lelaki tampan cuma tahu bermegah saja. Mereka berpendapat, lelaki bijak mampu memenuhi semua keperluan diri.

Namun, tidak dinafikan bukan semua lelaki hanya mementingkan aspek fizikal dalam memilih pasangan. Ramai juga menghargai kebaikan hati budi dan kebijaksanaan wanita melebihi tarikan fizikal.

Cuma mungkin tidak wajar andai lelaki meletakkan kecantikan fizikal sebagai kriteria paling utama memilih pasangan hingga tidak nampak keistimewaan lain. Jika seseorang wanita tidak dikurniakan kecantikan fizikal, banyak aspek lain seperti sifat positif, penyayang dan penyabar dimiliki golongan ini.

Lelaki yang kononnya hanya terkesima dengan kecantikan wanita harus menyedari kebahagiaan bukan hanya terletak pada kejelitaan semata-mata, sebaliknya lebih daripada itu.

Kolum Tanya Pakar XY - Ikon Lelaki mendapatkan pandangan pakar motivasi, Dr H M Tuah Iskandar al-Haj, mengapa lelaki lebih cenderung memilih rupa daripada kebijaksanaan. Ikuti temu bual ini...

Benarkah lelaki lebih rela keluar bersama wanita cantik yang boduh daripada wanita bijak tapi penampilannya kurang menarik?
Ya, benar. Dari sudut psikologi, lelaki sentiasa ingin menjadi pemimpin. Seorang pemimpin tentunya perlu lebih bijak daripada orang yang dipimpinnya. Apatah lagi jika orang yang akan dipimpinnya itu adalah wanita.

Sudah pasti mereka memerlukan seorang wanita yang boleh mengikut arahan dan kemahuannya berbanding wanita yang terlalu bijak. Ini kerana bagi mereka wanita bijak biasanya banyak mulut.

Bagi seseorang lelaki, kecantikan pasangan adalah sangat penting kerana ia menjadi lambang kelelakian dan kemegahan mereka.


Lelaki bagaimana yang biasanya bersikap begitu dan mengapa mereka bersikap sedemikian?

Boleh dikatakan, hampir semua lelaki begitu. Memiliki pasangan wanita yang cantik adalah suatu lambang kemenangan dan kebanggaan. Lelaki begini biasanya akan memilih wanita yang tidak cantik hanya selepas tiada pilihan.

Tapi selagi mempunyai pilihan, mereka sentiasa akan memilih wanita yang cantik.

Adakah seseorang lelaki mahu berpasangan dengan wanita kurang bijak kerana lebih mudah untuk mereka menguasai wanita begitu?

Itu pun antara sebabnya mengapa lelaki memilih wanita kurang bijak. Lelaki suka kalau wanita bergantung sepenuhnya kepada diri mereka.

Ada hadis yang kita boleh dikaitkan dengan situasi ini iaitu:

Dari Abu Hurairah r a, Nabi SAW bersabda, ”Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok adalah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."

(Muslim)

Hadis ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa lelaki adalah pemimpin dan seorang pemimpin memang ingin menguasai orang yang dipimpin secara sepenuhnya.

Ada pula lelaki menyatakan mereka tergugat apabila mempunyai pasangan wanita yang lebih bijak. Komen anda?


Realitinya, jika disuruh memilih antara kecantikan dan kebijaksanaan pada seorang wanita, lumrahnya lelaki akan memilih kecantikan. Tidak dinafikan seseorang lelaki berasa tergugat jika pasangannya lebih bijak.

Seboleh mungkin lelaki tidak ingin bekerja di bawah wanita biarpun dia tahu wanita terbabit lebih bijak dan berketrampilan berbanding dirinya.

Tidakkah perkara seperti ini akan mengakibatkan kebanyakan wanita bijak sukar mendapat pasangan?


Ada betulnya. Di Malaysia sekarang, kebanyakan wanita yang menjawat jawatan tinggi masih keseorangan kerana wanita yang cantik meskipun tiada pekerjaan, sering menjadi pilihan lelaki.

Seseorang wanita yang bijak selalunya sukar mendapat pasangan kecuali mereka juga cantik atau lelaki pilihannya itu hampir sama kedudukan dengannya.

Adakah memiliki teman wanita atau isteri yang cantik hanya semata-mata untuk mengagumkan orang lain?

Ia bukan setakat mengagumkan orang lain, tapi juga simbol kemenangan. Seseorang lelaki menganggap dirinya jagoan jika mampu memikat wanita cantik biarpun wanita itu jahat.

Pada seorang lelaki, kecantikan sangat penting untuk dibanggakan. Sebab itu, kita lihat, ramai lelaki tidak kisah dikikis harta bendanya walaupun mereka tahu diri mereka sedang didampingi wanita pisau cukur.

Sejauh mana perlunya kriteria bijak dan cantik harus dititikberatkan seseorang lelaki dalam proses memilih pasangan?

Jika hendak memilih pasangan, jangan pula memilih wanita yang tidak bijak langsung hingga tidak boleh dibawa berbincang. Jika boleh, usah pula memilih wanita terlalu bijak hingga suara dan kuasa lelaki lenyap begitu saja.

Sebenarnya, kebanyakan lelaki akan rimas kalau wanita terlalu menunjuk pandai. Lelaki selalunya mahukan wanita yang akur dan berkata ya meskipun kurang setuju dengan sesuatu perkara.

Justeru, apa kualiti lain yang perlu lebih dititikberatkan selain dua ciri ini bagi menjamin hubungan yang bahagia?

Biarpun secara psikologi lelaki memang tewas terhadap kecantikan tapi untuk sebuah perhubungan yang maju dan menarik, mereka perlu fikirkan juga soal kebijaksanaan pasangan.

Ini kerana isteri yang bijak bakal melahirkan anak-anak yang bijak. Sebahagian besar lelaki inginkan zuriat yang bijak dan biasanya inilah alasan mereka untuk berkahwin dengan wanita yang bijak walaupun tidak cantik.

Namun, sikap lelaki yang terlalu mementingkan kecantikan ini sebenarnya bertentangan dengan pandangan Islam. Saya ingin memetik hadis ini:

Dari Abu Hurairah ra, katanya, ”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Wanita Quraisy itu amat baik, mereka dapat menunggang unta, amat pengasih kepada anak-anak dan pandai menjaga harta suami."

(Bukhari).

Dalam hadis ini tidak dinyatakan pun aspek kecantikan perlu diambil kira dalam memilih pasangan.

Yang Dinilai Pria dalam Enam Detik

Yang Dinilai Pria dalam Enam Detik

Gaya Hidup – Penilaian pertama hanya memakan waktu 10 detik. Bagaimana penilaian kaum adam terhadap wanita dalam enam detik pertama?

Senyum
Apakah wanita ini tersenyum manis dan natural? Atau senyum masam dan palsu, atau senyum Anda lebar tapi ada sisa makanan menyelip di gigi.

Senyum Anda menjadi poin pertama untuk penilaian.

Rambut
Pria tidak perlu rambut bak model shampoo. Mereka hanya butuh rambut Anda terkesan lembut dan harum. Karena itu pastikan mencuci rambut sesering mungkin, dan menggunakan conditioner.

Cleavage
Atau belahan dada menjadi magnet bagi kaum pria. Bukan berarti Anda harus menampilkan keseluruhan, tapi belahan dada yang “mengintip” membuat pria penasaran dan lebih memperhatikan Anda.

Riasan
Jika dandanan menor, dengan cepat pria menduga Anda berusaha menutupi wajah asli. Selain itu ada rasa risih dengan warna-warna yang terlalu mencolok.

Kulit
Pria tidak peduli dengan satu dua jerawat mungil di wajah. Tapi ya, mereka peduli dengan kulit anda yang kusam dan tidak terawat. Jadi tidak perlu risau dengan satu jerawat, khawatir jika kulit Anda tidak terjaga kesehatannya.

Tas
Apa tas yang Anda bawa? Semakin besar tas yang dipakai, semakin pria berpikir Anda tipe wanita dengan perawatan yang rumit. (Cosmopolitan/Foto Ist)

cinta, duit dan pengaruhnya

Yang mana satukah pilihan anda? Berbelanja habis-habisan sehingga anda dapatkan si dia yang anda puja, atau Meninggalkan Si dia kerana berusaha habis-habisan untuk menjadi kaya? ATAU…both?
Quote dari Albert Einstein.
“You can lose a lot of money chasing a woman…but you’ll never lose a woman chasing money”
Setuju atau tidak…itulah hakikatnya! Mencari cinta di zaman sekarang bukan seperti dulu lagi. Anda memerlukan banyak wang untuk melabur demi cinta yang anda dambakan. Namun, cinta yang diidam-idamkan akan mudah hadir di dalam hidup anda sekiranya anda adalah seorang yang mempunyai banyak wang! Begitulah pengaruh duit kepada sebuah cinta, sebuah kebahagiaan.
Tak perlu nak deny it…most woman nowadays are materialistic! BUT who can blame them? Dengan ekonomi yang semakin merudum di seluruh dunia, pemilihan pasangan yang berduit, kaya, jutawan adalah amat relevan. Personally, bro love sendiri menyarankan untuk wanita memilih pasangan yang paling kurang pun, seorang usahawan. Hehe…suka orang pompuan!
Yang tidak suka…pastinya kaum lelaki. Walau hensem, walau pandai memikat…kalau tak kaya, tak berduit atau tak jutawan macam Irfan Khairi tu, susah sikitlah nak dapat awek. Irfan Khairi, dah lah jutawan, bijak lagi…dan bonus baginya…dia hensem! :)
Akibat situasi kehidupan yang sedemikian rupa, cara lelaki nowadays nak memikat yang lawa-lawa juga berubah…Mostly, mereka memikat dengan cara 2 M, MEMPERDAYA &  MENIPU. Mereka siap boleh REKA KEHIDUPAN YANG KONON NYA MEWAH…walhal, semua pinjam, semua loan, semua sewa, semua orang punya….all because nak pengaruhi wanita itu dengan kekayaan dan kemewahan. Yang perempuan tertipu ni pun, “layu ditasik madu.”
Apa nak dikata beb? :D Sekiranya cinta memerlukan begitu banyak perbelanjaan , even selepas kahwin lagi banyak… Mengapa kita terus mengejar cinta? Bukankah lebih bagus kita mengejar kekayaan? Kerana, dengan kekayaan kita pastinya akan mendapat cinta!
Sound so sellfish and redicolous kan? But it’s realiti kehidupan kita beb… Ramai orang, pandai berkata, “Tak pandang harta, tak pandang nama…tapi mencari hati yang baik” …ya lah tu.
Sedangkan nak order ais kosong pun nak kena bayar sekarang beb. Lagikan nak bercinta, nak dating, nak kahwin. Kalau setakat baik hati je, tapi poket kosong…at the end of the day, the girl yang menyara hidup si lelaki…nak ke jadi lelaki sebegitu? Nak ke jadi wanita yang terpaksa ‘berbelanja dan menanggung hidup pasangannya hanya kerana cinta?’
Jika kita ambil kehidupan paling sederhana pun, tetap anda memerlukan duit yang banyak, untuk sewa rumah ke, bil telefon, bil eletrik, bil klinik, tambang teksi/bas, makan-minum, pakaian, and all that is for two! Amacam?
Kemiskinan mulai menghimpit kehidupan, perbalahan di dalam perhubungan mulai menjelma. Saban hari, hanya duit, duit, duit yang diperbahaskan, duit yang menjadi masalah…last sekali?
Koyaklah bahagia!
The fact is yang bro love ingin perbincangkan, mengapa tidak pandang pada yang berharta dan hanya pandang pada yang baik hati?…yang berharta dan kaya ni, hati tak baik ke?
Kakak angkat saya seorang jutawan, sangat baik hati…Kakak saya sendiri juga adalah seorang jutawan dan dia banyak membantu orang yang perlukan pertolongan…Kawan baik saya comes mentor dan dalam satu band muzik dengan saya bro Irfan Khari juga adalah seorang yang baik hati, sentiasa fikir baik terhadap semua orang dan tidak pernah berprasangka buruk…
In fact, ramai orang kaya dan berharta, hati mereka jauh lebih baik dari mereka yang hanya sekadar pegawai atau kerani biasa atau mereka yang hidup dalam kemiskinan. Basically, bangsa apa, agama apa, manusia mana pun…ada yang baik ada yang jahat, ada yang kaya ada yang miskin.
Apa yang perlu kita tanam di dalam diri kita, rezeki dari hasil kekayaan yang diberkati Tuhan itu pastinya menjanjikan kebahagiaan. But tidak semestinya kita kena pilih, instead of chasing women, we forget about woman and chase money all out, 100%…that’s NO FUN!
Quote from Irfan Khari :
“Wang atau kebahagiaan? Mengapa perlu pilih salah satu? Kalau anda diberi pilihan untuk potong tangan kiri ataupun potong tangan kanan… mana satu pilihan anda? Sudah pastinya kita ingin simpan kedua-duanya! Jadi, mengapa perlu pilih- mengapa tidak miliki kedua-duanya :)” : Irfan Khairi.com
Jadi, for Bro Love last review about this issue…kejarlah cinta sekadarnya kejarlah kekayaan sewajarnya. Yang pasti, “Anda akan kehilangan banyak duit kerana mengejar wanita, tetapi anda tidak akan hilang wanita jika mengejar duit!”