Sunday, August 29, 2010

tips menjaga perhubungan

1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.
2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.
5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.
6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing – Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).
7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.
8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.
11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.
13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.
14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.
15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.
16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.
17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.
18. Semua Orang Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.
19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Dengan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.
21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.
23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.
25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

kenapa lelaki curang?

Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… :P Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi? :D
Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”  Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.
Pada pendapat bro, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.
“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? :)
If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!” 
YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-
Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…
  • “Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
  • “You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
  • “I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
  • “I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
  • “I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…
  • “You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
  • “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
  • “You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
  • “Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
  • “You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?! 
Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”
Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”
“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.
“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”
 ”Ai, Encik Tam…biar betul!”
“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”
Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…
You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.
I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan! :P
Nasihat bro kepada kaum lelaki :
Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.
Nasihat bro kepada kaum wanita :
Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…kikikiki
Alright semua…so, apa pendapat anda pula?…adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?…keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here. ;)
Oopss lupa ;)“HAPPY FATHER’S DAY!”
Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love

nak kenal lelaki tak??

LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.
Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian. Oleh itu, sedikit kajian telah dibuat untuk mengenali lelaki melalui tindakannya:

  • Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.
  • Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.
  • Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.
  • Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.
  • Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.
  • Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.
  • Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.
  • Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.
  • Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:- Dia sayang dan takut kehilangan anda- Dia mahu menguasai anda- Dia tidak mahu ada pesaingan- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.
  • Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.
  • Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.
  • Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

6 situasi yg akan membuatkan lelaki nangis…



  • putus hubungan dengan kekasih
    hasil dari kajian mendapati lelaki yg terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti akan menangis bila hubungan mereka terpisah. biasanya lelaki tidak bole menerima hakikat hubungan cinta mereka berakhir diengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. mereka akan menangis dibelakang, gara2 malu…
  • bila jatuh sakit
    ade sstengah lelaki yg akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tangungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suamiakibat penyakit yg dihadapi.
  • kehilangan pasangan
    ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak bole terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia. bagi lelaki yg tidak dapat menerima hakikat, dukanya amat lama untuk disembuhi.
  • tertekan
    xkira bebanan kerja, masalah peribadi dan sbgnya..akhirnya air mata lelaki gugur juga. ada juga lelaki yg mengambil jalan singkat mengunjungi kelab malam bg melepaskan tekanan, namun ini bukan jalan penyelesaian yg terbaik.
  • bertengkar dengan pasangan
    even quantitynye sebanyak quantity air mate wanita yg mgalir, ade jugak lelaki yg xsanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga. lebih memburukkn keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yg berlaku.
  • melihat anak-anak sakit
    sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak2 sakit kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi…

hal yang menyebabkan lelaki meluat


nie antara sebab kenapa laki meluat kt korang...so amik ni s

Postby obituary24 » Thu 13 Nov 2008 11:52 pm
1. LEWAT
Wanitalah yang selau lewat bila gi dating.dia lewat ok je,boleh sengih lagi.kalau laki yang lewat marahnya macam hulk.
2. BANYAK SONGEH
wanitalah yang selau mengada-ngada nak itu nak ini.bayangkanlah masa gi window shoping macam mana,orang laki ibarat jadi bodyguard dan sponsor.
3. MENGGEDIK
HA...ni yang masalah ni.sesetengah lelaki tak boleh tahan sebab boleh buat menyampah.
4.MERAJUK
ok la paham la wanita ni kan selalu merajuk.tapi jangan le pasal benda kecil pun nak merajuk sampai melere-leret.semuanya sebab nak uji kasih sayang orang tu.padahal hal ni boleh jadi punca lelaki muak.
5.PERASAN
puji sikit je,senyum dia mak aih...sampai ke telinga.ada juga yang selalu sangka dia la yang paling cantik
6.TAK DENGAR CAKAP
ha,yang ini jangan nak nafikan sebab orang tua-tua sendiri kata nak jaga sorang pompuan ni lagi susah daripada jaga 10 orang lelaki.usah katakan 10,100 laki pun lagi senang nak jaga.
7. MINDA CETEK
sanggup belakangkan mak bapak sebab nak ikut sangat balak dia.pikirlah masa depan.
8. BILA DATANG BINTANG
tau lah ada masa-masa dia.tapi tak kan tak boleh control kot.cover tu penting.
9 .EGO
jangan sangka lelaki yang ego lebih,wanita pun apa kurangnya.apa lagi bila berjawatan besar,kaya,cantik,berpelajaran tinggi dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya.mesti dasyatkan...
10 .KAKI GOSIP
bukan setakat hal artis je,hal balak dia pun jagi bualan dengan member dia.tekadang tu hal dalam kelambu pun jadik.
11. KAKI BEBEL
yang ini memang menyakitkan kepala.pantang salah sikit,bising macam kereta api,laju macam laser.apatah lagi bila balak dia isap rokok.
12 .TERLALU NAK AMBIL TAU
ye kita tau yang dia ni sayang dengan kita,tapi jangan la sampai kita tak ada privacy.mana je kita pergi dia nak tau.maknanya harus lapor diri selalu.
13. CEMBURU TAHAP GABAN
bukan main lagi marah bila kita berborak dengan pompuan lain walaupun kawan sendiri.yang jadi masalahnya,dia borak dengan laki lain tak pa lak.lebih percayakan cerita orang lain berbanding kekasih sendiri.dengar sangat cakap orang.
14. KAKI COMPLAIN
cara kita makan dia tegur laju sangat,style,gaya jalan,jenis deodoran yang laki pakai,pakai sempoi,dan berbagai lagi benda-benda yang berbaur complain.
15. KESIMPULANNYA
TAK SEMUA YANG DI ATAS ADA PADA SEORANG WANITA.HAKIKATNYA WANITA NI ADA JUGAK KEBAIKANNYA.TAPI BAB-BAB INI LAH YANG BUAT LELAKI JADI MELUAT

cara nak THRILL lelaki

Bro Razzi yakin, ramai among girls nowadays SUDAH memiliki kekasih, sudah berpunya la kan. Tetapi, Im sure too that, ramai yang facing this problem…dimana, ‘Kekasih tidak mahu kahwin lagi’ right? ;)
Sedangkan MASA tidak menyebelahi anda, ibubapa semakin menekan, kawan-kawan lain hampir semua sudah kahwin. TAPI kekasih anda masih lagi berbagai-bagai alasan…
“Sabarlah, kalau ada rezeki ada lah tu”
“I memang nak sangat kahwin dengan you tapi, belum masanya lagi”
“Kita masih muda lagi, nanti kita kahwin lah”

Well, time after time…reason dan reason lagi…by the moment you realised it. You dah out of the league. Umur dah terlebih dari umur ‘anak dara’, nak cari yang lain…mungkin duda tua atau suami orang yang berumur that interested dengan you. Kekasih sendiri semakin dingin, masih beralasan untuk tidak kahwin, tidak mahu komitmen!
One thing about girls : mereka selalu nak tunjukkan dia setia, dia adalah milik kekasihnya seorang…dan sanggup berkorban apa saja. Well, itu memang bagus, tapi situasi itu BEGITU JELAS, you adalah miliknya!!…so, buat apa nak kahwin lagi? Dia takkan rasa nak kahwin punya…because you ‘dah jadi miliknya’ hehe…
One thing about man : girls kena faham… Lelaki mahu merasa ‘THRILL bila bercinta’ …mereka mahu rasa ‘Satu perasaan yang menggetarkan jiwa atau menggeletar badan’  yang boleh membuatkan mereka rasa susah dapat, rasa geram, rasa tercabar, rasa ragu-ragu…baru thrill, baru excited, barulah rasa takut kehilangan, so barulah dia rasa mahu kahwin!… ;)
KALAU TIDAK…girl itu akan dianggap NOTHING, TAK MENARIK, MEMBOSANKAN, …bila kekasih rasa sebegini, do you think that he still wants to marries you ke? hehe, rasa bro love lah hmm…tak lah kut kan?
SO, apa tindakan anda? Apa yang anda mahu lakukan? Bagaimakah caranya untuk membuat kekasih MAHU KAHWIN? Brother Love ada 7 cara untuk all of you girls give it a shot :
Cara 1 : Berhenti dating! Asyik berkepit je hehe… Im sure you mesti hari-hari nak berjumpa boyfriend kan? Ok…kat sini paling penting, stop dating for a good reason, maybe sebab nak pergi grooming class? Atau kelas tae kwan do ke, atau sebab you enroll gym and nak look fit, or maybe go for a flying class ke…so you looked cool, and buat dia rasa gabra sikit! :)
Cara 2 : Decide untuk mencari pekerjaan jauh darinya, luar negeri, luar negara ke…just be away. WHY? Well, kalau boyfriend you tanya, just jawab yang you nak kenal negeri orang dan kenal orang-orang luar dan orang baru… hihihi
Cara 3 : Fokus lebih kepada hidup anda sendiri dan lupakan akan kehidupan kekasih anda. Concentrate apa yang anda ingin capai selama ini, letakkan beberapa gold atau impian yang sekian lama anda lupakan. I mean it ni…bukan main-main, bukan saja-saja nak test kekasih you okay. Do it, and meant it!
Cara 4 : Hentikan ucapan cinta - Im very sure too, you girls asyik duk cakap I love youuuuuu je kan. “Abang lah yang terbaik, abang lah yang tersayang, you lah nyawa I”….ADOI Beb, ngantuk la wei.
Cara 5 : Plan masa depan anda sendiri, TANPA dia. - Control masa depan anda sendiri, holiday anda, where to go, what to do. Rancangkan perbelanjaan anda sendiri untuk hari ini, minggu depan, tahun depan dan sampai bila-bila. Jangan biarkan dia membuat keputusan untuk anda beb, be strong, tegas dan berdiri atas kaki sendiri!
Cara 6 : Tunjukkan anda juga mempunyai kawan-kawan lelaki yang lain. Jangan tunjuk yang hidup anda, …anda hanya kenal seorang lelaki sahaja…dan lelaki itu adalah kekasih anda. Alamak beb :lol: lelaki akan pasti merasakan anda tersangat lemah, membosankan, dan too easy to handle kalau cam tu…
Cara 7 :  Akhir sekali, jujur dengan boyfriend you…cakap kat dia…you akan lakukan semua ini, kerana you lihat yang dia masih belum ready untuk berkahwin. You sayangkan dia tetapi…jika dia tidak serius, well time for both of you to move on.
Di sini, you boleh lihat keputusannya, atau jawapannya. It can be good or even worst. It can make him terus nak kahwin dengan you atau…you dapat lihat, yang sebenarnya dia tak mahu berkahwin. But at least, you tahu sekarang, you tahu where you guys at…daripada tertanya-tanya what will happen, right?
TAPI one thing for sure, kalau you lakukan semua cara-cara ini, atau something yang macam ni, Effect dia : Kekasih you akan mulai risau, gabra, runsing kat you di rampas orang lantas akan lebih menghormati anda, akan takut kehilangan anda dan merasakan anda bukan wanita yang boleh dipermainkan.
Perasaan ragu-ragu juga mulai muncul di dalam diri kekasih you, apabila you lebih focus dan concentrate on yourself, kekasih you pasti akan merasakan hilang perhatian dari you, and definately, MULAI RASA TERCABAR. That makes him felt thrilling beb…and hopefully and probably mahu cepat kahwin! Good Luck ;)