Tuesday, November 9, 2010

lelaki, poligami dan seks

Selalu sangat kan, kita dengar ungkapan sebegini? Lazimnya keluar dari mulut wanita la..tak kira samada yang bergelar isteri, mahupun yang masih belum berumahtangga, apabila diajukan pertanyaan samada mereka sanggup berpoligami ataupun tidak
Mari kita siasat perkara ini..

Wanita, bila ditanya mengapa mereka enggan berpoligami, antara jawapan paling popular ialah:
- Tidak mahu berkongsi kasih.
- Tidak sanggup berkongsi suami.
- Enggan suami dirampas perempuan lain.
antara jawapan yang menarik- "Jijiklah! Kalau suami aku dah tidur dengan perempuan lain, jangan harap dia boleh sentuh aku lagi!"
Tidak keterlaluan jika dibuat kesimpulan, jiwa dan naluri wanita secara umumnya tidak suka sekiranya dimadu, atas sebab-sebab yang sebahagiannya telah disebutkan di atas tadi

Isu poligami tidak boleh dipisahkan daripada isu seksual. Dah namanya perkahwinan. Isu monogami pun berkait dengan aspek seksual juga. Tak perlulah kita bersusah payah untuk cuba menutupi hakikat bahawa isu perkahwinan adalah juga melibatkan isu seksual

Bukanlah bererti perkahwinan itu hanyalah seks semata-mata, fahaman sebegitu memanglah salah. Tetapi kita perlu akui bahawa seks adalah satu komponen yang penting dalam institusi perkahwinan. Cubalah fahamkan hakikat ini

Sebelum anda meneruskan bacaan, biar saya jelaskan..SEKS TIDAK KOTOR. SEKS itu sebahagian dari FITRAH. Fitrah itu sifat asalnya baik dan suci.
Seks itu sesuatu yang suci, sesuci bidadari penghuni syurga.
Yang kotor ialah kelucahan, apabila dicampur halal dan haram
Lelaki diciptakan Allah berbeza dari wanita, bukan saja dari segi fizikal dan fisiologi, tetapi juga termasuk aspek emosi, jiwa, dan cara berfikir.

- Lelaki lebih memerlukan seks berbanding wanita
-Seks bagi wanita adalah pelengkap cinta, manakala seks bagi lelaki adalah salah satu keperluan asas. Seorang wanita hanya gembira untuk melakukan seks dengan lelaki yang disayangi, sebagai manifestasi cinta terhadap pasangannya. Sekiranya perasaan cinta sudah tiada di dalam hati wanita tersebut, hubungan seks tidak lagi menggembirakan baginya. Jiwanya pasti terseksa kerana memaksa diri
-Lelaki pula memandang seks dari sudut yang berbeza. Asalkan mana-mana wanita dilihat cantik dan menarik, keinginan syahwat lelaki akan tergerak untuk melakukan seks dengan wanita tersebut, meskipun baru sahaja dikenali (ataupun langsung tidak dikenalinya). Inilah penjelasan mengapa boleh berlaku kes-kes rogol dan gangguan seksual. Apabila tertarik, keinginan 'itu' akan timbul without prior notice.

Bukanlah bermakna seks sebagai manifestasi cinta tidak wujud bagi lelaki, ia sememangnya wujud, tetapi lelaki lebih melihat seks sebagai salah satu keperluan asasi yang sangat penting, setaraf dengan keperluan untuk makan dan tidur. Bahkan ada yang sanggup kurang makan dan tidur, hanya untuk mendapatkan seks.

Wahai wanita, jangan main-main dengan naluri lelaki yang ini. Bila keinginannya memuncak, ilmu di dada setinggi langit pun belum tentu dapat mencegahnya dari berlaku sumbang. Hanya iman dan taqwa saja yang mampu melindunginya
-Lelaki mampu memisahkan seks dari emosi. Perasaan kasih sayang bukanlah sesuatu yang mesti ada untuk membolehkan seorang lelaki melakukan seks. Cukup sekadar terasa geram, itu sudah memenuhi syarat. Tidak perlu tahu siapa nama wanita itu pun! Asalkan dilihatnya cantik, sudah boleh
-Tidak sedikitpun menghairankan sekiranya seorang lelaki sanggup melakukan seks dengan wanita yang tidak disukainya. Malah, seks boleh juga dilakukan dengan wanita yang dibencinya.
Terdapat ungkapan "wanita suka melakukan seks dengan lelaki yang dicintainya, lelaki pula jatuh cinta dengan wanita yang suka melakukan seks dengannya".

Faham tak? Bagi kebanyakan wanita, cinta dulu, kemudian baru seks. Bagi kebanyakan (bukan semua) lelaki pula, seks boleh datang dulu, kemudian baru cinta.

Semua ini saya bongkarkan agar anda mengerti betapa kuatnya keinginan lelaki terhadap seks.

Betapa ramai lelaki yang sanggup meluahkan ungkapan cinta pura-pura..dengan harapan dapat melakukan seks bersama wanita tersebut pada akhirnya. Dan ramai juga lelaki yang jatuh hati kemudian, setelah lama bersama wanita itu

Berbeza dengan wanita, pintu nafsu lelaki tidak boleh ditutup untuk jangka masa yang panjang. Memetik kata seorang ulama tasauf dan psikologi Islam, Imam Al-Ghazali:
"Pintu syahwat lelaki adalah pada mata dan hidungnya,
pintu syahwat wanita pula adalah pada telinga dan kulitnya".

Bermakna, seorang lelaki mudah teransang syahwatnya melalui deria penglihatan dan deria hidu, manakala syahwat wanita lebih mudah teransang melalui deria pendengaran dan sentuhan.

Ringkasnya, selagi seorang wanita tidak dicumbu rayu dan disentuh anggota tubuhnya, syahwatnya tidak mudah terusik. Dia masih boleh mengawal dirinya.

Manakala lelaki pula senantiasa diusik syahwatnya apabila terlihat mana-mana wanita yang kelihatan menarik dan menggoda. Bau haruman yang dikenakan oleh wanita juga mampu menyalakan nafsu lelaki secara spontan. Kerana itulah syariat mengharamkan wanita memakai haruman di khalayak lelaki yang bukan mahramnyaDalam bahasa yang mudah, nafsu wanita boleh 'ditutup' kerana 'suis'nya lebih bersifat 'manual', tetapi nafsu lelaki sukar ditutup kerana 'suis'nya bersifat 'otomatik'..macam sliding-door di terminal airport. Ada orang datang, terus terbuka

Fakta mudah ini boleh dijadikan penjelasan mengapa wanita yang kematian suami mampu hidup menjanda ke akhir hayat, tetapi lelaki yang kehilangan isteri lazimnya akan segera mencari pengganti.

-wanita beriman yang kematian suami kemudian berkahwin lagi, di syurga kelak akan bersama suami yang paling akhir (dengan syarat suaminya itu juga beriman). ~rujuk Hadith yang diriwayatkan oleh isteri Saiyidina Jabir r.a tentang wasiat suaminya
-Lelaki beriman yang kematian isteri, kemudian berkahwin lagi, di syurga kelak akan ditempatkan bersama kesemua isterinya. Begitu juga halnya dengan lelaki beriman yang berpoligami
Hakikatnya, menjadi suami kepada SEORANG isteri pun dia tidak layak, belum lagi disebut tentang poligami. Sudah tentu kacau bilau! Sebab itu memiliki harta bukanlah syarat pertama untuk membolehkan lelaki berpoligami. Ini yang orang kita belum faham.

Cubalah renungkan...manusia yang jahat dan menjadi abdi hawa nafsu semakin ramai. Zuriat mereka pun sudah pastilah lebih ramai dan bakal memenuhi bumi ini. Yang ditemui mati dalam tong sampah pun ada. Tapi mereka tidak akan berhenti 'menghasilkan baka'.

Bolehkah anda bayangkan dalam tempoh 30 tahun, 50 tahun lagi, manusia jenis apa yang akan memenuhi muka bumi? Ya. Salah siapa???

Khusus bagi kaum lelaki,usahlah terlalu teruja dan tertarik dengan nikmat yang sementara. Berapa tahun sangat kita nak kecapi nikmat dunia? Kepada yang merancang untuk mengisi kuota..berapa puluh tahun lagi anda mampu berjalan tegak diatas muka bumi ni? 40 tahun lagi? 50 tahun lagi? Berbaloi ke?

Perkahwinan bersama seorang isteri pun sudah amat berat tanggungjawabnya..inikan pula berkahwin dengan lebih dari seorang. Pertimbangkanlah dengan sewajarnya...adakah berbaloi nikmat yang diperoleh, dibandingkan dengan tanggungjawab yang semakin berat itu?

Cubalah jawab..Apa faedah poligami terhadap kehidupan anda di akhirat? Apakah rancangan anda untuk memanfaatkan poligami sebagai salah satu jalan memperolehi syurga?

Kalau pilihan anda untuk berpoligami itu benar-benar berbaloi dunia dan akhirat, dipersilakan. Jika tidak, simpan saja hasrat itu dan bawa masuk ke kubur

Usah makan hati..semua ahli syurga kelak Allah jadikan berpoligami. Dan ini juga satu petunjuk bahawa poligami ini bukannya sesuatu yang buruk dan menyusahkan. Kerana perkara yang buruk tidak akan ada di syurga berapa ramai lelaki umat Muhammad yang berjalan senget di mashsyar kelak, kerana gagal berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka. Allah jadikan sebelah bahu mereka lemah terkulai, sebagai balasan mengabaikan tanggungjawab ketika di dunia.

Dari jauh lagi manusia yang lain dapat mengenali mereka, "oh, si polan itu dahulunya beristeri ramai tapi tidak berlaku adil." Betapa hina sekali. Dalam satu riwayat, disebutkan bahawa setiap anak Adam akan dihimpun serta dibicarakan di hadapan manusia yang mengenalinya ketika di dunia dahulu.

Semasa di dunia ini, dengar saja ada orang kaya sekian beristeri dua atau tiga, orang yang mendengarnya terasa kagum dan iri hati. Kita yang duduk minum di kedai kopi, bila lalu saja si polan, pasti ada yang mengangkat tangan menegur mesra. Sebab si polan tu berharta dan beristeri ramai, boleh jadi kawan dia pun dah rasa bangga
Kat mahsyar? Dari jauh lagi orang dah elakkan diri dan buat-buat tak kenal...bimbang kalau-kalau dia datang minta pahala pulak. Maklumlah situasi si polan tu dalam keadaan kitikal..silap-silap boleh jatuh ke neraka sebab pahalanya habis dibuat bayaran pampasan kepada isteri yang dizalimi