Sunday, August 15, 2010

Bagaimana nak pujuk lelaki merajuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


5. Biarkan dia hilangkan rajuknya sendiri.Jangan ganggu. tapi kalu laki merajuk pjg x tau hujung pangkal...maksud nya mgkn dia cari point nak cover line tu kut...sbb dia ada salah lain. hehe


Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum

sebab lelaki merajuk

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.


1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.


2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

4. minta perhatian
Lelaki merajuk memerlukan perhatian yang lebih kerana Mereka Kurang Perhatian! Ini dikenali sebagai Mengada - Ngada ataupun Minta DiManja! Merajuk dan DiPujuk kan Bentuk Kasih Sayang!



5. kerana sayang!
Actually, lelaki kalau merajuk dengan seseorang tu maksudnya dia sayangkan orang tu lebih dari yang lain.
Kalau rajuk berpanjangan maksudnya memang hati dia benar2 terguris, Tak sangka kot orang yang tersayang sanggup buat camtu kat dia
Kalau yang senang cair bila dipujuk tu, rajuk main-main, rajuk mengada-ngada je





mengenai menjaga cinta

Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...




• Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
• Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
• Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
• Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
• Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
• Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
• Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
• Minda awak adalah aset yang terbaik.

Bahasa tubuh lelaki apabila jatuh cinta

Apakah si Dia sekadar menyukai atau sangat tertarik dengan Anda ? Hal ini boleh diketahui dari bahasa tubuhnya. Mengerti erti bahasa tubuh lelaki boleh mempermudah Anda berkomunikasi dengannya.

Berikut erti dari empat bahasa tubuh lelaki.


1. Dia memandang mata Anda lebih dari dua kali

Jika ada seorang lelaki terlihat memandangi mata Anda lebih dari dua kali, tandanya ia memeriksa keadaan di sekeliling, apakah Anda sendirian, bersama teman, atau bersama pasangan.


Lalu, jika ia melihat Anda lebih dari tiga kali, tandanya ia sangat berminat, dan ingin mendekati Anda. Menurut Janine Driver penulis buku “You Say More Than You Think, meskipun lelaki tidak mendekati tetapi jika ia memandang wanita berkali-kali, tandanya ia sangat tertarik.


2. Mendekatkan wajahnya


Ketika seorang lelaki tertarik pada seorang wanita, ia akan memasuki ruang peribadi. iaitu dengan meletakkan wajahnya dekat dengan wajah Anda saat berbicara. Menurut Driver, lelaki akan mendekatkan wajahnya pada wanita yang dia suka lebih dari biasanya, jika ingin menjadikan wanita itu orang yang special. (hal ini juga berlaku bagi wanita… )


3. Berbicara perlahan dan lembut


“Saat tertarik pada seseorang, lelaki akan berbicara 25 % lebih perlahan dan lembut dibandingkan saat berbicara normal,” kata Greg Hartley, lulusan U.S. Army Interrogation School dan penulis “Date Decoder”. Jadi, jika ia berbicara seperti menggantung pada setiap kata, sebenarnya ia ingin melihat reaksi dan mendengar cerita Anda.

4. Berusaha menyentuh

lelaki yang berusaha menyentuh dan selalu berusaha untuk berdekatan merupakan tanda-tanda ia sedang jatuh cinta. Ia akan berusaha menyentuh tanpa disedari. Hal itu menggambarkan keinginannya untuk melindungi Anda melalui sentuhannya. Hahahaha…(bukan sentuhan nafsu..anda boleh menilainya)