Wednesday, November 10, 2010

3 PERKARA UTAMA TENTANG LELAKI

Dalam artikel kali ni, saya akan maklumkan mengenai apa yang anda sebagai wanita MESTI tahu tentang lelaki/kekasih anda supaya anda dapat memenangi hatinya dan menyuburkan cinta si dia kepada anda.

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan dunia percintaannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk menyiapkan kerja tersebut.

Kalau ada masalah besar yang sedang dihadapi oleh sahabatnya, dan dia turut membantu berfikir untuk menyeelesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantik.

Wanita pula berbeza. Sekali sudah menerima seorang lelaki di dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!

Dua perkara ini bagi wanita, mungkin susah hendak dipisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada di depan mata. Selagi kesedaran masih ada, selagi itu susah untuk dipisahkan.


2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak faham, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tahu ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.

Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.

3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang daripada kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang diusahakannya, bukan saja daripada perhubungannya dengan anda.

Katalah tugasannya di pejabat belum siap lagi, atau apa sahaja yang dia tengah usahakan tidak menjadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega. Perasaan ini secara tidak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.

Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia seperti tidak romantik, macam tidak sayangkan anda atau rasa macam dia tidak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.

Perlu anda faham, anda tidak perlu mendapatkan cinta si dia dengan cara mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda sebagai diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!


AMARAN: Kalau kekasih anda adalahs seorang mat rempit atau yang sewaktu dengannya, lupakan segal-galanya yang telah tertulis di atas. Sebab jenis-jenis semacam ini memang terang-terang menjahanamkan anda sebagai wanita!

No comments:

Post a Comment