Tuesday, August 17, 2010

lagi...tips nak kenal lelaki yang dah berkahwin

So, bro nak tanya sikit…hmm, “Adakah you sedang menantikan your ‘Prince Charming? Bakal kekasih yang akan membawa you ke gerbang perkahwinan…lelaki idaman se Melaya?”


Sudah tentu kan…bro yakin ramai yang ingin mendirikan rumahtangga secepat mungkin. BELIEVE IN YOURSELF! Yup, percaya yang anda akan menemuinya…InsyaAllah!…berjaya.

Cuma, jangan terlalu rush sangat, tergesa-gesa percaya… kerana selalunya, yang cepat dapat ni cepat juga hilang…cepat panas…cepatlah dinginnya…Slow and steady beb! Bila susah dan lambat-lambat ni…bila dapat fuhhh…terangsang!


Well, terlalu cepat jatuh cinta…akhirnya, pasti terkecewa…atau mungkin tertipu…mungkin juga terjatuh cinta dengan orang yang salah…. Malah mungkin bagi wanita, terjatuh cinta pula dengan lelaki yang sudah pun berkahwin…


So, bro nak tanya lagi, “Adakah dia kata dah divorced atau akan divorced? Atau dia masih berkahwin lagi? Adakah dia menyamar single…tak pernah kahwin? Adakah dia berkata benar? Adakah dia suami orang sebenarnya? Tak tahu?” Di sini bro bagi you all, “10 tips untuk mengenal lelaki yang sudah berkahwin, menipu bujang!”


1 ~ Bila bawa kereta…lajuuuuu semacam. Tak da la nak romantik dan bawa pelan-pelan sambil pegang-pegang tangan…mata pulak asyik melilau-lilau ke kiri kanan dengan penuh sangsi. Haaa…takut kawan-kawan bini nampak lah tu.

2 ~ Dia hanya dapat dihubungi hanya dengan nombor handphone. No Office ke rumah ke…NONE! dan hanya dapat call dia tengahari je…bila belah malam, asyik off! Then you kena tinggal voice message…tengok-tengok, dia call you balik. Haaa…keluar rumah lah tu jap, pergi kedai ke apa ke…just to call you tanpa isteri di sebelah hehehe..


3 ~ Bila keluar dating…asyik-asyik tengok jam…dan sibuk nak balik awal, walau malam masih muda…adoi, dah kahwin lah tu…takut bini marah balik lambat!


4 ~ Apabila keluar bersama dan bertemu kawan-kawan dia atau keluarga dia…anda hanya dikenalkan sebagai kawan sepejabat atau kawan biasa. Jauh sekali nak dikenalkan girlfriend atau kekasih… Nak mampus? Nanti isteri di rumah mengamuk…takuuuuutt!!


5 ~ Selalu sahaja cancel bila berjanji untuk berjumpa. Asal nak dating je, ada aje perkara yang membatalkan pertemuan tu….Beb, lelaki akan cari jalan macam-macam mana pun kerana nak jumpa girlfriend. Kalau asyik cancel je…ada isterilah tu!


6 ~ Bila dapat pergi dating lak…asyik dating outstation je…kat luar town je. Haa…ada gak siap tanya bro tu, “Pasal apa boyfriend dia ni asyik bawa dia ke luar Kota Bharu je?” …hehe, sayang oi…dia dah kahwin lah tu…tak nak terjumpa dengan bini dia beb.


7 ~ Haa..yang ni lagi teruk, ada juga yang sanggup parking kereta dia kata mana-mana, then minta girlfriend datang ambik. Asal nak jumpa je, naik kereta girlfriend. Kereta dia langsung tak nak pakai…hmmm, apa lagi…tak nak orang cam dia bawa perempuan lain lah tu. Nanti tahu kat isteri…tidur kat luar lah beb!


8 ~ Dah kenal berbulan, tapi rumah dia, anda tak tahu pun kat mana…kerja dia dimana pun tak tahu. Kat mana dia selalu pergi shopping..pun anda tak tahu, nak pergi ke rumah famili dia jauh sekali. Nak buat camana…semua tempat tu, pasti terserempak dengan isteri dia….


9 ~ Apabila ada office family day, gathering atau party kat office…tak pernah dia nak bawa anda. Ada je alasan, dia tak suka family daylah, dia tak nak pergilah, dia segan dengan kawan-kawan sepejabat lah…hakikatnya? He is a married man, and its a family day…mestilah nak bawa bini beb!


10 ~ Ada pulak sesetengah lelaki tu, selalu bawa anda keluar…tapi keluar ke tempat-tempat orang penuh sesak. Sebabnya, kalau tempat ramai orang, dia boleh jawab kat bini dia, “Ramai orang keliling abang hari tu, perempuan mana lah yang Ayang cakap tu? Semua tak lawa, tak ada pun yang abang berkenan…” haaa…kesian girlfriend.


Hehehe…so, ada yang terkena dengan anda? Kesian…


kalau ada tu, cepat-cepatlah keluar dari kemelut yang pasti anda akan ditinggalkan, dikecewakan. Dah ramai sangat dah girls nowadays jatuh cinta dengan suami orang…ending up with heart broken…unless you nak jadi 2nd wife? …kalau macam tu Be, I pun terangsang!

No comments:

Post a Comment