Tuesday, August 17, 2010

lakonan cinta "suami orang?"..awas

Banyak sekali pada ketika ini berita gadis remaja dan juga yang sudah matang yang terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Kadangkala bukan itu yang dimahukan tetapi disebabkan lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap. si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan perhubungan sebegini. Apabila status lelaki ini sudah diketahui, ramai yang merasakan bahawa ianya sudah terlambut dan perhubungan sudah terlanjur dan kerana tidak mahu tinggal keseorangan, akhirnya si gadis terus sanggup menjadi madu. Adakah ini kesudahan yang anda mahukan? Sebelum itu ketahui taktik-taktik seorang playboy memancing dan memikat seorang wanita:



TAKTIK MEMIKAT PLAYBOY:


* Mengambil berat mengenai perasaan dan situasi wanita.

* Selalu bercerita tentang kesusahan diri dan betapa si gadis amat membahagiakan dan telah membantu menjadikan si playboy seorang yang paling beruntung di dunia dan bagaimana atas nasihat si gadis si playboy sudah berubah dan memajukan diri dalam pelbagai segi.

* Selalu memberi kata-kata pujian pada si gadis, sama ada mengenai rupanya, tingkah lakunya yang lemah lembut & manis, rajin, pandai menjaga diri, suara gadis yang ayu dan comel dan kata-kata yang manis yang lain.


* Anda satu-satunya gadis yang ikhlas, pandai mengambil hati dan memahami dirinya.

* Anda cantik tetapi tidak sombong

* Apabila sudah terkantoi:

o Isteri tidak menjaganya dengan betul, baju pun tak terbasuh (tidak sedarkah jika dah mempunyai anak sampai 4, masa agak terhad untuk basuh baju atau mengemas rumah). Alasan tidak munasabah.

o Sunyi, tiada teman berbicara

o Anda seorang gadis sejati yang satu-satunya memahami dirinya. Anda bukan seperti gadis-gadis yang lain!


 

No comments:

Post a Comment