Friday, November 26, 2010

Lelaki: Mitos dan Realiti

Perempuan yang memiliki sahabat lelaki pasti lebih mencabar. Bukan sahaja kerana perbezaan jantina, tetapi bukan mudah untuk memahami lelaki walaupun kerap kali bertemu. Namun jangan bimbang, di sini ada beberapa panduan mitos dan realiti tentang lelaki. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk membuatkan anda dan sahabat lelaki lebih saling memahami dan persahabatan yang terjalin akan lebih kukuh.

1. SHOPPING

MITOS: Lelaki tidak suka shopping
REALITI: Lelaki tidak suka shopping dengan kekasih kerana bimbang duit dalam poket jadi kering. Tetapi sekiranya dengan teman sesama lelaki mereka juga sama seperti perempuan. Rambang mata!

2. BUAT PELBAGAI KERJA DALAM SATU MASA
MITOS: Lelaki tidak suka melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa.
REALITI: Lelaki tidak suka melakukan banyak kerja dalam satu masa kerana mahu kelihatan macho dan tenang. Kalau peluh sudah keluar mencurah-curah jatuhlah saham. Bila dengan kawan sesama lelaki, tidak ada apa yang mahu ditunjukkan tak macho pun tak apa.

3. SEKS
MITOS: Lelaki hanya fikir soal seks.
REALITI: Lelaki memikirkan soal seks kerana perempuan yang membuatkan lelaki memikirkannya. Jadi sebagai sahabat kalau anda tidak suka janganlah buat dia memikirkannya.

4. PENAMPILAN
MITOS: Lelaki begitu bangga menjaga penampilan siri supaya sentiasa nampak macho dan bergaya.
REALITI:
Lelaki sebenarnya suka sesuatu yang ringkas, tetapi ada kalanya terpaksa berlakon nampak bergaya dan cerewet tentang penampilan diri. Kalau dengan kawan-kawan sendiri apapun boleh pakai.

5. MEMILIH USIA
MITOS: Lelaki hanya suka berkawan dengan dengan perempuan yang lebih muda.
REALITI: Lelaki sebenarnya suka berkawan dengan perempuan muda kerana mahu berseronok tetapi kalau diikutkan yang sebenarnya lelaki juga suka berkawan dengan perempuan matang.

6. CEPAT MARAH
MITOS: Lelaki kebanyakan panas baran tidak kira tempat.
REALITI: Lelaki marah bila fikirannya berserabut sahaja, tetapi bila hatinya berbunga, perkara yang sepatutnya marah pun boleh buat mereka tersenyum.

No comments:

Post a Comment