Tuesday, December 14, 2010

JANGAN PERCAYA LELAKI

Pertama sekali, aku kini sudah jejak 24 tahun. Tua sudah. Banyak lagi yang tak tercapai. Doakan aku laju-laju.

Aku lelaki. Sebagai lelaki, aku memang faham benar perangai lelaki. Bukan nak mengata kaum sendiri tapi ini adalah kenyataan. Aku cuma sekadar nak berkongsi dan cuba baiki diri. Sila jangan salah sangka.

Lelaki mahkluk Allah yang dijadikan untuk memimpin. Sedikit pun, lelaki mesti memimpin. Memimpin keluarga. Lelaki umpama tiang. Kalau tiang tidak kuat, maka jangan harap rumah nak berdiri.

Sungguh aku mengingatkan diri.

Semalam ada seorang gadis comel bulu mata lebat tanya kepada aku, sebab apa lelaki tidak tak boleh dipercaya. Beliau suruh bagi 10 sebab. Aku bagi, tapi di sini aku cuma nak kongsi tujuh. Nanti menyampah pulak kamu dan kamu semua nak baca.

Lelaki Tak Pernah Puas
Lelaki adalah makhluk yang tak pernah puas. Kalau dapat satu, beliau nak dua. Kalau sudah dapat dua, beliau nak tiga. Memang itu adalah namanya lelaki, cuma macam mana seorang lelaki mengawal nafsu tidak puas itu saja yang membezakan antara seorang lelaki dan lelaki yang lain.

Lelaki Pandai Mengayat
Lelaki sangat pandai menyusun ayat. Dengan ayat saja seorang lelaki mampu nak cairkan hati wanita, walau wanita itu tahu bahawa lelaki itu telah berpunya, berkahwin, atau bercerai.

Lelaki Sedikit, Perempuan Ramai
Nisbah lelaki sikit berbanding wanita sekarang. Jadi lelaki tidak mudah terdesak. Lelaki tak kisah kalau umur makin meningkat sebab makin meningkat, makin buncit, nilai tambahnya makin bernilai. Jadi, lelaki sangat tidak kisah kalau ditinggalkan. Perempuan akan lebih merana. Makan hati berulam jantung sama petai cecah tempoyak.

Lelaki Tidak Boleh Mengandung, Perempuan Mengandung
Lelaki tidak kisah sangat kalau terpancut dalam bila buat seks luar nikah (agak lucah ke? haha). Perempuan? Perlu sangat kisah. Terlanjur memang kemungkinan besar mengandung. Dan lelaki boleh senang-senang cakap, " Ko buat dengan orang lain, ko tuduh aku".

Lelaki Boleh Kawin Empat, Perempuan?
Lelaki tak kisah sangat. Bosan, kahwin lain. Bini balik kampung beranak, suami boleh menjalang. Alasan ringkas tapi macam ****, aku boleh kahwin empat. Tak semua lelaki berperangai macam ni, tapi tak sikit jugak yang berperangai macam ni. Isteri-isteri, sila hati-hati dan ambil peduli kalau sang suami nampak macam sedikit pelik. Contoh:
 
a. Wangi lain macam
b. Segak lain macam
c. Handphone tak lekang kat tangan
d. Pendek kata, pelik-pelik.

Kahwin lebih satu tak salah kalau seorang lelaki itu mampu dan ada rasa tanggungjawab. Aku? Belum kahwin. Sangat takut sebab masa depan macam-macam boleh jadi.Sebab itu aku menulis tentang ini. Ingatkan diri aku!

Lelaki Pandai Putar Belit
Lelaki dikurniakan dengan kebolehan untuk putar belit. Lelaki sangat pakar hal ni. Kalau tak pandai, maka kes-kes curang, kahwin dua bini pertama tak tahu dan segala mak nenek lagi kes tak akan meningkat. Lelaki makin berumur, skill putar belitnya makin bertambah. Kahwin di kata single, anak dua dikata duda. Dan banyak perempuan termakan putar belit lelaki.

Lelaki Banyak Pengecualian
Lelaki banyak pengecualian. Kerja opis, outstation, overtime. Tapi... Banyak alasan dan amat terdedah kepada kecurangan.

Akhir sekali, aku simpulkan kepada beliau bahawa lelaki ada satu nafsu, dan sembilan akal. Perempuan ada sembilan nafsu dan satu akal. Banyak lelaki guna sembilan akal untuk penuhi nafsu yang satu. Betul?

Nota kaki:

Cuma mengingatkan diri sendiri.
Aku jugak lelaki.. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment