Tuesday, December 14, 2010

SEBAGAI RENUNGAN UTK LELAKI

ARTIKEL ini diambil dari blog seseorang, mungkin boleh menjadi ikhtibar utk semua.

Di hari ahad yang permai ini, aku ingin sekali berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sekalian tentang sakitnya menjadi seorang wanita.

Siapa di sini sangat menyintai kekasih? Isteri? Ibu? Adik-adik perempuan? Pahala berganda mengelilingi anda.

Wanita dilahirkan untuk menikmati betapa nikmatnya kesakitan. Mungkin bagi lelaki, sakit itu azab. Tapi, bagi wanita, sakit itu satu nikmat yang mampu menghapuskan segala dosa-dosa kecil.

Bagi wanita yang belum berkahwin seperti aku, aku sudah puas merasai sakit. Sakit apa? Paling common ialah senggugut yang datang mengunjungi aku setiap bulan. Namun, tidak semua wanita akan diberi keistimewaan untuk menikmati sakitnya senggugut. [Alahai. Bertuahnya yang tidak merasai senggugut.]
Bagaimana rasanya sakit senggugut? Anda inginkan gambaran? Lelaki? Argh! Tidak perlu sibuk bertanya. Cukuplah sekadar anda prihatin, kasihan dan melindungi kaum wanita. Bukan dengan membiarkan, kejam dan menindas mereka. Tidak perlu mengambil tahu akan segala kesakitan yang ditanggung wanita kerana sampai mati pun anda tidak akan pernah merasainya. Sesungguhnya jika kaum lelaki juga merasai betapa ‘nikmat’nya sakit wanita, aku percaya ramai kaum lelaki akan membuang rahim mereka kerana tidak tahan akan kesakitan yang keterlaluan dan mungkin juga kaum ini juga sanggup untuk menjadi bujang tua hingga ke akhir hayat kerana tidak sanggup merasai peritnya melalui malam pertama, mengandung dan melahirkan anak. Mungkin.

Wanita mengalami terlalu banyak kesakitan yang tidak diingininya dalam hidup. Semua ini adalah untuk kaum lelaki. Kesakitan mereka adalah untuk kebahagiaan dan kegembiraan kaum lelaki. Hargailah wanita. Janganlah memecut ego anda terlalu tinggi untuk wanita. Setinggi-tinggi ego wanita sebenarnya adalah serendah-rendah ego lelaki. Belajarlah untuk bertolak ansur dengan wanita, kerana kebahagiaan anda adalah galang ganti kepada kesakitan mereka. Tidak perlu memahami wanita, cukuplah sekadar menyayangi mereka tanpa syarat. Belaian, kasih sayang dari seorang lelaki mampu meringankan sakit wanita, malah mereka sanggup untuk merasa lebih banyak kesakitan jika lelaki tahu menghargai mereka.

No comments:

Post a Comment